GUA MUSANG: Kegembiraan berkelah dan mandi sungai dua beradik bersama sepupu bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dihanyutkan oleh arus deras di Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata remaja perempuan dikenali sebagai Nur Jannatul Alia Mohd Zamri, 13, sedang mandi bersama kakaknya Nur Ain, 16, serta sepupu mereka, Nur Asma Kamaruddin, 14, dalam kejadian kira-kira 4 petang.
Beliau berkata mangsa bersama kira-kira 20 ahli keluarga ke lokasi tersebut untuk berkelah sambil mandi di tebing sungai.
"Ketika kejadian mangsa, kakaknya serta sepupu mereka sedang mandi manakala ahli keluarga yang lain berada di tebing sungai. Tiga remaja itu kemudian dihanyutkan arus deras sebelum datuk mereka terjun ke dalam sungai untuk membantu.
"Nur Ain dan Nur Asma berjaya diselamatkan namun Nur Jannatul Alia hilang dihanyut arus deras," katanya kepada pemberita, di lokasi kejadian, hari ini.
Sik berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula sejak petang semalam dan disambung pagi ini, namun hingga 3 petang tadi, mangsa masih belum dijumpai.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata operasi SAR melibatkan anggotanya bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu penduduk kampung.
"Operasi SAR dilaksanakan menggunakan 10 bot milik agensi kerajaan dan penduduk kampung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Sik berkata operasi SAR bermula sejak petang semalam dan disambung pagi ini, namun hingga 3 petang tadi, mangsa masih belum dijumpai. - Gambar hiasan
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Remaja lelaki terjatuh ketika memancing di rumah rakit ditemukan lemas
Mayat Azri Fahmi dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 pagi tadi.
Kanak-kanak 10 tahun lemas di kolam hotel
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di daerah Kemaman, petang semalam.
Kanak-kanak 7 tahun ditemukan lemas di tali air
Mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari tebing tali air dan disahkan meninggal dunia akibat lemas oleh pegawai perubatan.
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
287 kematian akibat lemas, angka yang membimbangkan - KP Bomba
Daripada jumlah 287 kes kematian itu, mangsa paling ramai melibatkan lingkungan umur 20 hingga 39 tahun iaitu 38%.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Nelayan dikhuatiri lemas terjatuh bot
APM menerima panggilan pada 5.06 petang dari IPD Bagan Datuk berhubung laporan orang hilang di pelantar ikan Hutan Melintang.
Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum
Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.