KOTA BHARU: Seramai 15 individu termasuk lima wanita tempatan yang dipercayai pelacur ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di kawasan Kota Bharu, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata mereka ditahan dalam Op Noda dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Beliau berkata, selain lima wanita itu, turut ditahan ialah sembilan lelaki tempatan serta seorang lelaki Myanmar.
Katanya, salah seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai 'bapa ayam' yang menguruskan tempahan pelanggan melalui aplikasi MiChat.
"Dalam operasi ini, PDRM Kelantan berjaya merampas barang kes yang digunakan untuk aktiviti pelacuran iaitu satu buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, kondom yang sudah dan belum digunakan selain lapan unit telefon bimbit pelbagai jenama.
"Turut dirampas wang tunai RM 1,917," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, katanya lagi.
Vivi Sumanti
Wed Feb 24 2021
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, katanya. - Gambar hiasan
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Imigresen tahan sembilan wanita warga asing disyaki tawar perkhidmatan seks
Kesemua wanita yang berumur antara 25 dan 37 tahun itu terdiri daripada warga Vietnam, Indonesia dan Thailand, manakala pekerja lelaki ditahan yang adalah warga India dan Bangladesh.
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.
Op Noda: 263 individu ditahan di ibu kota malam ini
Polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, malam ini.
Imigresen bongkar kegiatan bawa masuk kumpulan pelacur melalui Bukit Kayu Hitam
Imigresen membongkar kegiatan membawa masuk wanita dari Thailand secara haram ke negara ini bagi tujuan pelacuran melalui Bukit Kayu Hitam.
'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali Hot Daddy, didenda kerana memiliki video lucah.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.