AMPANG:Dua lelaki Rohingya termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan kerana pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Ogos lalu.
Tertuduh, berstatus juvana berusia 17 tahun dan seorang lagi tertuduh berusia 20 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norhazani Hamzah dan Majistret Normaizan Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh juvana berkemeja T kolar merah dan putih, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, dengan tuduhan dengan sengaja merogol mangsa, yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan.
Kejadian didakwa dilakukan di tangga di Taman Komersil, Pandan Indah pada jam 2 pagi, Ogos lalu.
BACA: Enam lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes rogol kanak-kanak 15 tahun
Sementara itu tertuduh kedua, berusia 20 tahun, bekerja sebagai operator kilang didakwa atas dua pertuduhan merogol ke atas mangsa yang sama di sebuah rumah tidak bernombor di lokasi sama.
Kejadian didakwa dilakukan pada jam 3 petang, Oktober 2019 dan jam 1 petang, September lalu.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Mahkamah menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Thu Nov 12 2020
Remaja Rohingya berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Juvana atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan tempatan berumur 15 tahun di tangga sebuah perumahan di tempat serupa pada 2 pagi, Ogos lepas. - Foto BERNAMA
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia
Malaysia harus memanfaatkan peluang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan baik agar dunia dapat melihat kebijakan diplomasi yang diamalkan di negara ini.
Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Menurut Deputi Superitenden Zainul Mujahidin, suspek melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.
Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan membunuh ahli keluarganya dan kesalahan dadah, minggu lalu.
PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.