Dua lelaki cedera dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara yang tular menerusi laman sosial.
Kejadian berlaku apabila seorang pemandu van jenis Hiace dari arah Wangsa Maju menuju ke One Utama dan kenderaannya telah dipotong seorang lagi pemandu lelaki yang memandu kenderaan jenis Mazda CX5 sebelum bertindak menekan brek di hadapan pemandu van berkenaan.
Situasi itu telah mencetuskan pertengkaran kedua-dua individu tersebut sebaik sahaja mereka berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara dan bergaduh.
Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kedua-dua individu tersebut telah membuat laporan polis semalam dan hari ini.
“Seorang pemandu mengalami kecederaan di bahagian lutut dan muka manakala seorang lagi pemandu mengalami kecederaan di kepala, tangan, dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menerusi kenyataan itu juga beliau meminta orang ramai agar bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu pihak polis dengan berhubung terus Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Ahmad Osman menerusi talian 0111 36508678 atau terus kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, 03 2297 9222.
Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Hilmi Malik
Wed Sep 18 2019
Polis Diraja Malaysia meminta orang ramai agar bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiri…
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua pemandu cedera insiden pergaduhan di plaza tol
Dua lelaki cedera dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara yang tular menerusi laman sosial.