Dua pelajar yang sedang berkelah di kawasan perkelahan Bukit Jernih dekat sini ditemui lemas di sebatang sungai dalam kawasan perkelahan itu, Sabtu.
Mangsa dikenali sebagai Zalika Izzati Johari, 15, dan sepupunya Muhammad Afiq Aiman Abdul Hamid yang berusia tujuh tahun.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Che Man Md Dros yang dihubungi Bernama berkata kejadian dilaporkan berlaku pukul 4 petang, kira-kira dua jam selepas kedua-dua mereka tiba di kawasan perkelahan itu.
Kedua-dua kanak-kanak yang berasal dari Kedah itu dikatakan sedang bercuti di rumah datuk mereka di Guar Medang Gatal sebelum ke Bukit Jernih yang terletak berhampiran untuk mandi-manda di sebatang sungai di situ.
Zalika Izzati, yang menetap di Kodiang, Kedah adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang manakala Mohd Afiq Aiman yang menetap di Taman Simpang Jaya, Alor Setar adalah pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat, Kedah.
Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.
Bernama
Sun Dec 29 2013
Mayat Zalika Izzati Johari, 15, dan sepupunya Muhammad Afiq Aiman Abdul Hamid, 7 -BERNAMApic
GISB: Pembentangan kertas cadangan anak asuhan ditangguhkan
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan 572 kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan sementara.
[TERKINI] 9 termasuk 4 isteri ahli lembaga GISB dilanjut reman
Sembilan termasuk empat isteri Ahli Lembaga GISB Holding Sdn Bhd dilanjutkan reman antara satu dan dua hari.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Panorama Langkawi menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca di lereng Gunung Machincang, bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab - Fadhlina
Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.
Lagi pemimpin Hamas mati dalam serangan Israel
Pemimpin Hamas Tulkram Zahi Yaser Abd al-Razeq Oufi antara 18 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar itu yang diduduki di Tebing Barat.
Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini
Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut METMalaysia.
Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISB dijangka dibentang minggu depan - Nancy
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan.
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
Dua pelajar ditemui lemas di kawasan perkelahan Bukit Jernih
Zalika Izzati Johari, 15, dan sepupunya Muhammad Afiq Aiman Abdul Hamid yang berusia tujuh tahun ditemui lemas di sebatang sungai di kawasan perkelahan Bukit Jernih.