SUNGAI BULOH: Dua pasangan suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan disyaki terlibat sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dari negara jiran dalam tangkapan berasingan Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis turut merampas 90.4 kilogram (kg) ganja dan 1.5 liter cecair ketum keseluruhan bernilai RM281,000.
Beliau berkata sindiket itu menggunakan modus operandi membawa masuk bekalan dadah menerusi keldai dadah iaitu dua lelaki warga tempatan sementara dua pasangan Thailand terbabit masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong dengan menaiki kenderaan persendirian.
"Mereka tempatkan dadah di sebuah inap desa yang disewa sebelum mengedarkannya di sekitar Lembah Klang. Hasil soal siasat, mereka dipercayai melakukan kegiatan ini dua kali pada tahun lepas dan cubaan kali ketiga ini ditumpaskan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini hari ini.
Hussein berkata dalam tangkapan pertama, polis menahan dua keldai dadah warga tempatan di tepi jalan kawasan Subang Jaya bersama 40 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 10.4 kg.
Beliau berkata hasil soal siasat, polis melakukan serbuan di sebuah inap desa di Ampang Jaya dan merampas 50 ketulan mampat ganja dengan anggaran berat 50.3 kg.
"Susulan tangkapan pertama, polis menahan dua lelaki dan dua wanita warganegara Thailand dipercayai dalang utama sindiket ini di sebuah inap desa di Balakong, Kajang bersama 1.5 liter cecair ketum," katanya.
Menurutnya dua suspek warga tempatan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan jenayah manakala dua lelaki warga Thai didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Hussein berkata kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 32 tahun itu direman tujuh hari bermula Rabu lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Alphard bernilai RM120,000 dan enam barang kemas bernilai RM33,000," katanya.
Terdahulu, Hussein menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh antara Ketua Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen Perak ACP Shafa'aton Abu Bakar dan penggantinya Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor di IPD Sungai Buloh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bercakap dalam sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh hari ini. - Foto Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Polis tahan pemilik gerai jual jagung bakar kontroversi
Polis menahan pasangan suami isteri merupakan pemilik gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang pada Isnin.

Dua pasang suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan edar dadah
Dua pasangan suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan disyaki terlibat sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah.

Rogol: Pasangan suami isteri, empat lelaki didakwa eksploitasi kanak-kanak untuk seks
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh pada Jumaat atas tuduhan memperdagangkan seorang kanak-kanak bawah umur untuk eksploitasi seks.

Pengasuh ditahan kes dera dua beradik
Kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.