TEMERLOH: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh pada Jumaat atas tuduhan memperdagangkan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun untuk eksploitasi seks.
Tertuduh, Mohd Rizal Hamzah, 38, dan Intan Wahidah Mohd Nor, 47, didakwa melakukan kesalahan itu antara bulan Mei hingga September lalu di Felda Purun, Bera.
Mohd Rizal berdepan lapan pertuduhan manakala Intan Wahidah pula berdepan tujuh pertuduhan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2017 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan.
Mohd Rizal kemudiannya dibenarkan diikat jamin RM35,000 manakala isterinya, Intan Wahidah dikenakan ikat jamin RM29,000.
Selain itu, pasangan berkenaan turut didakwa melakukan kesalahan pengantunan dan didakwa mengikut Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan sebatan.
Sementara itu di mahkamah yang sama, empat lelaki didakwa merogol dan mencabul seorang kanak-kanak bawah umur.
Tertuduh, Mohd Abdul Hafis Endut, 37; Ahmad Ridzuan Ismail, 41; Mohd Ismail Burhan, 42, dan Kamaruzaman Basir, 57, didakwa melakukan kesalahan itu di Felda Purun, Bera, antara April hingga September tahun lalu.
Abdul Hafis berdepan tiga pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Ahmad Ridzuan pula berdepan dua pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.
Seorang lagi tertuduh, Mohd Ismail berdepan tiga pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Seksyen 377C dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Manakala tertuduh keempat, Kamaruzaman berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa pada 18 September tahun lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afidatul Azwa Kamarul Anuar dan Faizah Khalilah Zaberi.
Semua mereka tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas proses pertuduhan selesai dilakukan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Mereka dibenarkan ikat jamin antara RM6,000 hingga RM10,000 dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mohd Zalani Md Atan
Fri Jan 06 2023
![Rogol: Pasangan suami isteri, empat lelaki didakwa eksploitasi kanak-kanak untuk seks Rogol: Pasangan suami isteri, empat lelaki didakwa eksploitasi kanak-kanak untuk seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672992774_rogolpemerdaganan.jpg)
Tertuduh, Mohd Rizal Hamzah, 38, dan Intan Wahidah Mohd Nor, 47, didakwa melakukan kesalahan itu antara bulan Mei hingga September lalu di Felda Purun, Bera. - Foto Astro AWANI
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Dua pasang suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan edar dadah Dua pasang suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710490367_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Dua pasang suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan edar dadah
Dua pasangan suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan disyaki terlibat sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah.
![Rogol: Pasangan suami isteri, empat lelaki didakwa eksploitasi kanak-kanak untuk seks Rogol: Pasangan suami isteri, empat lelaki didakwa eksploitasi kanak-kanak untuk seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672992774_rogolpemerdaganan.jpg)
Rogol: Pasangan suami isteri, empat lelaki didakwa eksploitasi kanak-kanak untuk seks
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh pada Jumaat atas tuduhan memperdagangkan seorang kanak-kanak bawah umur untuk eksploitasi seks.
![Pengasuh ditahan kes dera dua beradik Pengasuh ditahan kes dera dua beradik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632407156_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pengasuh ditahan kes dera dua beradik
Kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.