KUALA LUMPUR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak seorang lelaki dengan mengheretnya menggunakan motosikal dan menyamar sebagai pegawai polis.
Muhammad Zuraidi Abdullah, 28, dan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, 27, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.
Mahkamah tidak membenarkan dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin dan menetapkan 7 Mac ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama Apple iPhone 6 Plus milik seorang lelaki berumur 25 tahun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan mengheretnya menggunakan sebuah motosikal.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kuchai Maju, Brickfields di sini, pada 4.30 pagi, 28 Jan lepas, mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan denda atau sebat.
Mereka juga didakwa menyamar sebagai penjawat awam iaitu pegawai polis bagi melakukan rompakan di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, yang berdepan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Muhammad Zuraidi Abdullah, 28, dan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, 27, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril. - Gambar hiasan
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Pengawal pengiring VIP tumbuk muka pemandu e-hailing OKU didenda RM1,000
Seorang pengawal pengiring orang kenamaan yang menumbuk muka pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), enam bulan lalu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak
Seorang lelaki didakwa mencuri kereta dan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan lelaki yang berpaut pada kereta itu tercampak dan cedera parah.
GISB: Pengurus Ikhwan Cafe didakwa perdagangkan orang
Seorang pengurus Kafe Ikhwan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, pada Rabu, atas empat pertuduhan memperdagangkan orang.
Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.
CEO GISB, isteri fail habeas corpus mohon dibebaskan serta-merta
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan serta-merta.
GISB: Wanita mengaku tidak bersalah eksploitasi 10 kanak-kanak
Seorang wanita yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang di sini atas 10 pertuduhan mengeksploitasi kanak-kanak.
Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.
Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.
Najib, Tun Mahathir sebumbung di mahkamah hari ini
Dua bekas Perdana Menteri dan juga seteru politik dijangka bertembung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.