Dua mayat terakhir mangsa kebakaran pusat hiburan di Times Square di sini, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kedua-dua mangsa lelaki itu ialah warga Bangladesh, Johir Islam, 26, dan tempatan, Chooi Keng Heen, 31.

Terdahulu, empat mangsa telah dikenal pasti iaitu dua lelaki warga tempatan, Tai Chee Kin, 36, dan Lau Wai Hoong, 37 dan dua wanita Vietnam, Nguyen Thi Thuy Duong, 21 dan Nguyen Thi Trang, 19.

Mereka maut dipercayai mengalami sesak nafas dalam kebakaran pusat hiburan yang terletak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi Rabu.

Dalam lada itu, Mohd Ali berkata, pusat hiburan ith telah beberapa kali diserbu kerana menggaji pekerja asing sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Menurutnya, empat kali pemeriksaan dilakukan tahun 2017 dan sekali pada tahun lalu.



alam perkembangan lain, pPelan asal bangunan yang menempatkan pusat hiburan tersebut adalah untuk bangunan pejabat.

Bagaimanapun bangunan tersebut telah dijual kepada pemilik lain.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Sayani Saidon, berkata, asalnya bangunan berkenaan adalah milik syarikat pemaju hartanah yang terletak bersebelahan.

"Saya sedang menyelidik atau menyiasat sama ada mereka ada mengemukakan pelan untuk pindaan bangunan," ujarnya.