BATU PAHAT: Dua lelaki maut, manakala seorang rakan mereka parah dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 11, Jalan Kluang-Batu Pahat, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, pemandu kereta Honda Civic, Tei Kai Hong, 22 tahun, dan penumpang belakang, Marcus Teo Howe Yue, 19 tahun, maut di lokasi kejadian.
Katanya, kejadian yang berlaku jam 1.15 pagi itu turut menyebabkan penumpang hadapan yang identitinya belum dikenal pasti, parah.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku lebih kurang 12.50 pagi apabila pemandu Honda Civic bersama dua rakannya yang kesemua warga tempatan, dalam perjalanan dari arah bandar Batu Pahat ke arah Sri Gading.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan telah melanggar empat buah kereta yang diletakkan di hadapan pusat servis kenderaan.
"Akibat kejadian tersebut, pemandu dan penumpang belakang mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala penumpang hadapan juga mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Firdaus Ahmad memaklumkan, lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dengan kekuatan keseluruhan 12 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
Katanya, terdapat dua mangsa tersepit dan seorang mangsa telah keluar sendiri sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian.
Mangsa tersebut dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
“PKO bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan menyerahkan mereka kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Apr 09 2023
![Dua maut kereta rempuh kenderaan di pusat servis Dua maut kereta rempuh kenderaan di pusat servis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681013517_LelakiMaut.jpg)
Keadaan di lokasi kemalangan awal pagi tadi yang melibatkan lima kenderaan dan mengakibatkan dua mangsa maut di Kilometer 11 Jalan Kluang-Batu Pahat. - Foto ihsan polis
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dua maut kereta rempuh kenderaan di pusat servis Dua maut kereta rempuh kenderaan di pusat servis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681013517_LelakiMaut.jpg)
Dua maut kereta rempuh kenderaan di pusat servis
Pemandu Honda Civic, Tei Kai Hong, dan penumpang belakang, Marcus Teo Howe Yue, maut di lokasi kejadian.
![Wanita maut, dua cedera nahas lima kenderaan Wanita maut, dua cedera nahas lima kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666833058_mangsatersepit.jpg)
Wanita maut, dua cedera nahas lima kenderaan
Kemalangan melibatkan lori kontena Volvo, treler Volvo, kereta Proton Saga, kereta Toyota Vios dan kereta Nissan Almera.
![Syak mayat rentung ahli keluarga Syak mayat rentung ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666051522_KemalanganMaut.jpg)
Syak mayat rentung ahli keluarga
Keluarga berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengecam mayat tersebut dan perlu menunggu hasil ujian pemadanan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
![Penganggur sebabkan kemalangan lima kenderaan didakwa miliki ganja Penganggur sebabkan kemalangan lima kenderaan didakwa miliki ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647173948_handcuff.jpg)
Penganggur sebabkan kemalangan lima kenderaan didakwa miliki ganja
Seorang penganggur yang ditahan selepas disyaki menyebabkan kemalangan lima kenderaan di lebuh raya PLUS di daerah Rembau, Ahad lepas, didakwa atas tuduhan memiliki ganja.
![Dua beranak maut, lima cedera dalam kemalangan babit lima kenderaan Dua beranak maut, lima cedera dalam kemalangan babit lima kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651817399_TBKEMALANGANJEMPOL.jpg)
Dua beranak maut, lima cedera dalam kemalangan babit lima kenderaan
MPV dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Besar Palong 4, Gemas malam tadi.