Mangsa yang maut masing-masing berusia 39 dan 40 tahun dan punca kejadian dipercayai berlakunya perselisihan faham antara mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Wan Khairuddin Wan Idris berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini selain turut mengesan suspek yang terbabit dalam pergaduhan itu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.
![Mangsa yang maut masing-masing berusia 39 dan 40 tahun dan punca kejadian dipercayai berlakunya perselisihan faham antara mereka. - Foto PDRM](http://img.astroawani.com/2020-01/41580117560_freesize.jpg)
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Ganti Jimmy, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.