KUALA KANGSAR: Dua daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini malam semalam menunjukkan perubahan sikap ketika meraikan Aidilfitri baru-baru ini.
Yuzambree Ramlee Mohd Yunus, 46, bapa saudara kepada Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, berkata pelajar Diploma Kaunseling Islami itu tidak banyak bercakap seperti kebiasaannya dan tidak menyangka pertemuannya dengan Ahmad Akmal pada lima hari lepas merupakan yang terakhir sebelum anak saudaranya pulang ke USAS.
"Kadang-kadang macam ada nampak perubahan tetapi tidak sangka jadi macam ini (kemalangan) dan mengejutkan kami," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Beliau berkata, Ahmad Akmal tinggal bersama keluarganya di Parit Buntar dekat sini selepas kematian neneknya dan pelajar itu dijaga oleh nenek selepas kedua ibu bapanya bercerai.
Sementara itu, adik kepada seorang lagi mangsa, Mohd Fikri Aidol Munir Akbar, 16, pula berkata abangnya Muhammad Nasrun, 22, seolah-olah merajuk dengan mereka sekeluarga kerana hanya dapat beraya bersama pada petang Aidilfitri.
"Pagi hari raya, arwah tidak dapat sambut dengan keluarga sebab kami berada di Selangor manakala dia di rumah opah (nenek) di Batu Gajah. Pagi itu dia raya tanpa di sisi keluarga.
"Pada sebelah petang, baru kami sampai di Batu Gajah, nampak muka dan perangai dia lain sangat tidak dapat beraya dengan keluarga... sebelum ini dia ceria dan suka bergurau," katanya dengan menambah ibu bapanya menerima maklumat kemalangan itu pada kira-kira 2.30 pagi lalu mengejutnya dari tidur.
Mohd Fikri berkata dia bersama ahli keluarga kali terakhir bertemu arwah pada Ahad lepas di rumah nenek saudaranya di Batu Gajah.
Sementara itu, bapa kepada seorang lagi mangsa yang maut dalam kemalangan itu, Ahmad Hafizan Abdul Rahman, 49, berkata anaknya Ahmad Naim Najmi, 21, sempat memaklumkan sedang berada di Ipoh bersama rakan-rakannya untuk membeli buku dan barangan lain, menerusi panggilan telefon pada kira-kira 8 malam.
"Pada waktu itu saya rasa semuanya dalam keadaan baik sahaja.
"Arwah sering dilihat senyap dan tidak banyak bercakap namun kerap terbabit dengan badan bukan kerajaan malah pernah menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sewaktu peringkat diploma sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti sama," katanya.
Ahmad Hafizan berkata beliau dan isteri menerima maklumat kemalangan daripada rakan arwah anaknya kira-kira 3 pagi lalu bertolak ke Kuala Kangsar dari kediaman mereka di Chukai, Terengganu kira-kira 7 pagi.
Selain Ahmad Akmal, Muhammad Nasrun dan Ahmad Naim Najmi, dua lagi pelajar yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan dengan dua treler ialah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Keadaan kereta Honda City yang dinaiki lima pelajar USAS yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan malam semalam, di IPD Kuala Kangsar, 12 Mei 2022. --fotoBERNAMA

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

Dua mangsa nahas kereta-treler tunjuk perubahan sikap ketika Aidilfitri
Yuzambree tidak menyangka pertemuannya dengan Ahmad Akmal pada lima hari lepas merupakan yang terakhir.