CYBERJAYA: Dua lelaki warga India maut dipercayai akibat terhidu gas beracun ketika melakukan kerja-kerja memasang kabel di dalam lubang laluan air 'manhole' di Persiaran SP3 di sini, hari ini.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa Kesavan Matarasan, 30, dan Sailu Makkala, 40, bersama lima lagi rakan melakukan kerja di tempat tersebut sebelum mereka dilaporkan sesak nafas dan tidak sedarkan diri.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata mangsa yang berada di dalam lubang sedalam 39 kaki (12 meter) meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terhidu gas.
"Mayat kedua-dua lelaki itu berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut (masing-masing) pada 4.30 petang dan 5 petang oleh anggota Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Shah Alam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata seramai 20 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan HAZMAT Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 2 petang.
"Anggota HAZMAT mengesahkan bahawa terdapat gas di dalam lubang berkenaan. Pemeriksaan kandungan udara dan gas dilaksanakan sebelum anggota melakukan kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa," katanya.
Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021

Mangsa Kesavan Matarasan, 30, dan Sailu Makkala, 40, bersama lima lagi rakan melakukan kerja di tempat tersebut sebelum mereka dilaporkan sesak nafas dan tidak sedarkan diri. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis
Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dipantau pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.