PUTRAJAYA: Dua lelaki terlepas daripada hukuman gantung hari ini selepas pertuduhan mengedar dadah dihadapi mereka dipinda kepada memiliki dadah.
Chow Kum Yuen, 37, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan manakala S.Inthiran, 31, dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas mereka mengaku bersalah di hadapan panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan terhadap pertuduhan memiliki dadah.
Kes kedua-dua lelaki itu didengar secara berasingan hari ini oleh panel yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka bagi kesalahan mengedar dadah dan menggantikannya dengan pertuduhan memiliki dadah.
Ini selepas peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Chow dan peguam Inthiran Datuk Baljit Singh mewakili Inthiran, masing-masing memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi mereka supaya pertuduhan mengedar dadah digantikan kepada pemilikan yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Amril Johari yang hadir bagi pihak pendakwaan dalam kes Chow serta DPP Parvin Hameedah Natchiar mewakili pendakwaan bagi kes Inthiran.
Chow, seorang mekanik, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan memiliki 163.6 gram nimetazepam, 1819.61 gram ekstasi, 163.71 gram Methamphetamine dan 482.96 gram ketamin di sebuah rumah di Jalan Desa Mesra, Jalan Kelang, Taman Desa, di sini, pada 18 April 2017.
Pada 22 Nov 2019, Mahkamah Tinggi mendapati Chow bersalah atas empat pertuduhan mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman mati. Mahkamah juga mendapati dia bersalah atas pertuduhan memiliki 51.80 gram ganja dan telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan.
Chow hanya merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah tetapi rayuannya ditolak pada 9 Mac tahun lepas.
Hari ini, Tengku Maimun menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Chow atas pertuduhan memiliki nimetazepam dan ketamin serta penjara 18 tahun dan 10 sebatan setiap seorang bagi dua pertuduhan lain.
Beliau memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai 18 April 2017, tarikh Chow ditangkap.
Chow akan menerima 24 sebatan dan bukannya 30 sebatan kerana Seksyen 288 (5) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan bahawa seseorang yang disabitkan dengan dua atau lebih kesalahan yang berbeza, hukuman sebat yang digabungkan oleh mahkamah untuk kesalahan tersebut tidak boleh melebihi 24 sebatan.
Sementara itu, Inthiran, pemandu lori, mengaku bersalah memiliki 2238.49 gram heroin di hadapan sebuah pasar mini di Jalan Desa Jaya 1, Taman Jana Jaya 11, Kamunting, Perak pada 29 Mac 2017.
Dia pada mulanya didapati bersalah mengedar dadah itu dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 6 April 2018. Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak pada 10 Mac tahun lepas.
Tengku Maimun memerintahkan Inthiran menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 Mac 2017 dan turut memerintahkan 10 sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![Dua lelaki terlepas tali gantung, diganti hukuman penjara kerana miliki dadah Dua lelaki terlepas tali gantung, diganti hukuman penjara kerana miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka bagi kesalahan mengedar dadah dan menggantikannya dengan pertuduhan memiliki dadah. -Gambar hiasan
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
![Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716192935_AMurugan.jpg)
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
![Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
![Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707464717_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
![Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707464717_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan
Seorang bekas guru agama terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya.
![Bunuh isteri: Bapa lima anak terlepas hukuman gantung, dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan Bunuh isteri: Bapa lima anak terlepas hukuman gantung, dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh isteri: Bapa lima anak terlepas hukuman gantung, dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Mahkamah mengguna pakai Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman mati atau penjara.
![Miliki kanabis: Bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun Miliki kanabis: Bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701154294_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Miliki kanabis: Bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun
Seorang bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan mengedar kanabis yang disabitkan ke atasnya, dipinda kepada memiliki dadah.
![Lelaki Bangladesh penggal kepala rakan terlepas hukuman mati, diganti penjara dan sebatan Lelaki Bangladesh penggal kepala rakan terlepas hukuman mati, diganti penjara dan sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684753162_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Lelaki Bangladesh penggal kepala rakan terlepas hukuman mati, diganti penjara dan sebatan
Seorang buruh binaan warga Bangladesh terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
![Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700653011_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara
Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini.
![Edar dadah: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup Edar dadah: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681371754_HukumSebatPenjara.jpg)
Edar dadah: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup
Tengku Maimun berkata, susulan pindaan terkini Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka menggunakan budi bicara untuk menggantikan hukuman mati dengan penjara seumur hidup.
![Kes dadah: Petugas penyelenggaraan terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan dikurangkan Kes dadah: Petugas penyelenggaraan terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Kes dadah: Petugas penyelenggaraan terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan dikurangkan
Seorang bekas petugas penyelenggaraan di sebuah kem lapangan terbang tentera terlepas daripada hukuman gantung hari ini apabila tuduhan mengedar dadah yang dihadapinya dikurangkan kepada pemilikan.