Dua lelaki yang dilaporkan sesat di kawasan hutan bukit Kampung Tanggai, Air Mawang dekat sini petang semalam, ditemui selamat malam tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Ahmad Mohamad Akhir berkata Mohd Syaifuldin Mohd Jalal, 23, dan rakannya Mohd Hafiz Zaharuddin, 23, ditemui dalam gerakan mencari dan menyelamat pada 9.43 malam.
"Mangsa dijumpai di tebing sebatang sungai dalam keadaan selamat dan dibawa turun (dari bukit) pada 11.30 malam. Pasukan kami berjalan kira-kira 6 kilometer sebelum menemui mangsa, namun pergerakan agak terbatas disebabkan cuaca gelap dan laluan berbukit.
"Ketika ditemui, mangsa menyalakan kayu api dan tindakan ini membantu memudahkan kerja kami mengesan lokasi mereka," katanya di sini, hari ini.
Mohd Syaifuldin dan Mohd Hafiz tiba di puncak bukit pada kira-kira 10 pagi untuk memancing dan bergerak pulang pada 5 petang, namun tidak menemui jalan keluar.
Mereka kemudian menghubungi keluarga masing-masing pada kira-kira 5.30 petang, sebelum keluarga mereka membuat laporan di balai bomba.
Ahmad berkata 12 anggota dari Balai Bomba Kuala Pilah dan Tampin ditugaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7 malam.
"Kedua-dua mangsa didapati berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan. Mereka kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.