KOTA BHARU: Seorang anggota polis retak pergelangan tangan kanan selepas terjatuh akibat ditendang dua suspek kes dadah di Kampung Pangkal Pisang, Melor, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata sebelum kejadian itu dua anggota dari Balai Polis Kubang Kerian telah mengesan sebuah kereta dinaiki lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40 hingga 50-an dalam keadaan mencurigakan di Bandar Satelit Pasir Tumboh sekitar jam 3.45 pagi.
Beliau berkata suspek melarikan diri dengan memecut kereta itu namun berjaya ditahan di Kampung Pangkal Pisang.
"Semasa proses tangkapan dibuat kedua-dua suspek telah bertindak agresif serta berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota polis telah ditendang sehingga terjatuh dan mengakibatkannya mengalami kecederaan retak pergelangan tangan kanan.
"Namun anggota polis yang cedera bersama dengan rakan setugas tetap berjaya memberkas kedua-dua suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Rosdi berkata pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek menemukan ketulan-ketulan mampat ganja dianggarkan bernilai RM700.
"Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek itu dapati positif jenis dadah THC (Tetrahydrocannabinol).
"Polis turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai 23 rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah serta turut dikehendaki oleh pihak polis kerana terbabit aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Kota Bharu," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 Dis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Polis berkata suspek melarikan diri dengan memecut sebuah kereta namun berjaya ditahan di Kampung Pangkal Pisang. - Gambar hiasan
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 2) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Benjamin Loh, senior lecturer at Taylor’s University School of Media and Communication and director of the Impact Lab for Peace, Justice and Strong Institutions.
AWANI Tonight 23 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Teluk Intan pada Khamis, atas empat pertuduhan termasuk mencederakan dua anggota polis dengan parang minggu lalu.
Dua lelaki miliki 23 rekod jenayah ditahan cederakan anggota polis
Seorang anggota polis retak pergelangan tangan kanan selepas terjatuh akibat ditendang dua suspek kes dadah di Kampung Pangkal Pisang, Melor, semalam.
Polis tahan warga emas cederakan pegawai, anggota polis
Seorang pegawai dan anggota polis berusia 30-an cedera selepas terkena pisau pemotong kertas digunakan suspek kes curi iaitu seorang lelaki warga emas.
Empat lelaki mengaku bersalah lakukan kekerasan jenayah, cederakan polis
Empat lelaki mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan seorang anggota polis cedera di pagi 1 Syawal.