KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamar sebagai pegawai Imigresen dan menyamun serta merogol seorang wanita warga Indonesia, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-duanya yang berusia 35 dan 40 tahun ditahan di sebuah rumah teres di Taman Seri Asahan, Jasin, Melaka, kira-kira 3 pagi tadi.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi itu, kedua-dua suspek mengaku sebagai pegawai Imigresen dan ingin melakukan pemeriksaan pasport serta permit dua wanita tersebut berhampiran sebuah hospital di Pandan Indah di Ampang, Selangor, seterusnya meminta mereka menaiki kereta jenis Honda City.
"Selepas itu kedua-dua wanita berkenaan dibawa ke kawasan Serdang dan semasa dalam perjalanan, suspek telah mengambil barang kemas dan wang tunai milik mangsa.
"Seorang daripada mangsa kemudian diturunkan di tepi jalan di kawasan berkenaan manakala seorang lagi dibawa ke sebuah hotel di kawasan Balakong dan dirogol," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya hasil serbuan di rumah di Jasin itu, polis merampas wang tunai, seutas rantai leher, rantai tangan serta kenderaan yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian terbabit.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 40 tahun itu mempunyai 18 rekod jenayah lampau dan dadah termasuk tiga rekod dikehendaki manakala lelaki berusia 35 tahun pula mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan dadah termasuk satu rekod dikehendaki.
Mohamad Farouk berkata kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-duanya yang berusia 35 dan 40 tahun ditahan di sebuah rumah teres di Jasin, Melaka, kira-kira 3 pagi tadi. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dua rakan didakwa menyamar sebagai pegawai Imigresen
Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas tuduhan menyamar sebagai pegawai Imigresen, bulan lepas.

Dua lelaki menyamar pegawai imigresen, rogol wanita Indonesia ditahan
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-duanya yang berusia 35 dan 40 tahun ditahan di sebuah rumah teres di Jasin, Melaka, kira-kira 3 pagi tadi.