IPOH: Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas tuduhan menyamar sebagai pegawai Imigresen, bulan lepas.
Kedua-dua tertuduh, M. A Sarvin Raj dan Harjit Singh Sulakhan Singh, masing-masing berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama didapati telah menyamar sebagai pegawai Imigresen dengan mengetahui mereka tidak memegang jawatan itu.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Klebang Jaya, dalam Daerah Kinta, kira-kira jam 3 petang, 25 Februari lalu.
Mereka juga dituduh melakukan perbuatan yang sama di Jalan Kampar, Pekan Bharu, Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Februari lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sarvin Raj turut didakwa memiliki sebuah telefon bimbit curi dan kad bank milik individu lain di Taman Klebang Jaya, dalam Daerah Kinta, kira-kira jam 6.35 pagi, 26 Februari lalu.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Sarvin Raj diikat jamin RM5,000 manakala Harjit Singh RM3,200, masing-masing dengan seorang penjamin, bagi kesemua pertuduhan.
Mahkamah turut menetapkan 4 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala Salvin Raj diwakili peguam Amrick Singh Samdu dan Harjit Singh pula diwakili peguam S. Morgan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 05 2024

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan tuduhan menyamar sebagai pegawai Imigresen, bulan lepas. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Dua rakan didakwa menyamar sebagai pegawai Imigresen
Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas tuduhan menyamar sebagai pegawai Imigresen, bulan lepas.

Dua lelaki menyamar pegawai imigresen, rogol wanita Indonesia ditahan
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-duanya yang berusia 35 dan 40 tahun ditahan di sebuah rumah teres di Jasin, Melaka, kira-kira 3 pagi tadi.