JOHOR BAHRU: Gara-gara tidak mahu membayar denda bagi membuat kad pengenalan baharu, dua lelaki sanggup membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa ragut dan samun dalam kejadian berasingan pada Ahad dan Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata tindakan tersebut mengundang padah apabila hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya
"Pada Ahad lepas, lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan polis dan mendakwa telah diragut dua lelaki bermotosikal yang tidak diketahui bangsanya ketika sedang berjalan kaki serta mengalami kerugian kira-kira RM500 termasuk dokumen pengenalan diri.
"Bagaimanapun, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati pengadu membuat laporan palsu dan mengakui kejadian ragut itu tidak berlaku, sebaliknya laporan itu dibuat bagi mengelakkan didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara," katanya dalam kenyataan semalam.
Rupiah berkata pada Isnin lepas pula, seorang lelaki berusia 30 tahun membuat laporan dan mendakwa menjadi mangsa samun oleh seorang lelaki yang tidak diketahui bangsanya ketika berada di depan sebuah kedai serbaneka di Taman Ungku Tun Aminah di sini.
"Hasil soal siasat mendapati pengadu berkenaan juga telah membuat laporan polis palsu," katanya sambil menambah kedua-dua lelaki berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Hasil soal siasat polis mendapati pengadu membuat laporan palsu dan mengakui kejadian ragut itu tidak berlaku, sebaliknya dia mahu mengelak didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.

Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.

Kes cubaan culik di Gerik tidak berlaku, 'mangsa' hanya bermimpi - Exco
Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi.

Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.

Wanita dakwa kononnya diculik, mahu bermalam bersama-sama rakan - Polis
Polis mengesahkan laporan kejadian seorang wanita tempatan disyaki dilarikan individu tidak dikenali di kawasan Endau di Mersing adalah palsu.

Tiga ditahan berkait laporan palsu penemuan bayi
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung laporan palsu penemuan bayi perempuan yang baharu lahir dalam kejadian di Pekan Titi Serong, Parit Buntar.

Buat laporan palsu diragut, suri rumah didenda RM1,200
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman denda RM1,200 ke atas seorang suri rumah yang mengaku membuat laporan polis palsu bahawa dia telah diragut oleh dua individu.

Mesej tular dakwa Amerika Syarikat kenakan sekatan ke atas Malaysia adalah palsu - Fahmi
Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.