SIBU: Dua lagi rakyat Sarawak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja berjaya dibawa pulang.
Bagaimanapun maklumat mengenai kedua-dua individu yang berasal dari Sibu itu tidak didedahkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata mangsa terperdaya dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan menerusi Facebook yang diperkenalkan rakan pada Mac lalu.
“Kedua-dua mangsa terperdaya dengan tawaran tersebut dan berlepas ke Kemboja selepas selesai urusan dokumen perjalanan dan pasport.
"Setelah tiba di sana, pasport dan telefon pintar mereka dirampas oleh majikan dan hanya dibenarkan menggunakannya seminggu sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Lebih malang, katanya mangsa dilayan seperti tahanan di tempat kerja dan asrama.
Menurut Tiong, skop kerja mereka adalah sebagai penipu atau ‘scammer’ untuk mendapatkan wang daripada orang ramai.
Malah, mereka juga perlu mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dan bakal berdepan hukuman sekiranya ia gagal dipenuhi.
Dalam pada itu, Tiong menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamatkan rakyat Sarawak daripada terus menjadi mangsa penipuan pekerjaan luar negara.
"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Kedutaan Kemboja di Malaysia, Polis Antarabangsa (Interpol), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan semua pihak terlibat kerana bekerjasama dengan baik sehingga berjaya membebaskan dua mangsa terbabit.
"Sebagai Duta Khas ke China, saya turut berterima kasih atas bantuan diberikan rakan-rakan sejawat dan kakitangan Pejabat Duta Khas sepanjang operasi sehingga berjaya menyelesaikannya dengan amat baik dan saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang pada masa akan datang," katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan bayaran lumayan.
Sebaliknya, katanya semakan latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Untuk rekod, ini merupakan kes kedua penipuan pekerjaan yang melibatkan rakyat Sarawak di Kemboja.
Sebelum ini, seramai 47 rakyat Malaysia diperdaya sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja dengan 40 daripada mereka berasal dari Sarawak.
Pada 17 Februari 2019, kesemua mangsa berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas ditahan selama 65 hari di Penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja.
Mereka ditahan polis Kemboja dalam serbuan pada 11 Disember 2019 di dua rumah mewah di Siem Reap yang menjadi tempat kurungan mereka sejak November 2019.
Pembebasan dari penjara dan membawa mereka balik ke negara ini diusahakan Kerajaan Sarawak bersama Wisma Putra serta bantuan Kerajaan Kemboja.
Shafik Ahmad
Sun Jun 05 2022

Tiong menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan bayaran lumayan. - Gambar/ BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.

Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.

Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor
Pihak berkuasa Guatemala menyelamatkan 160 kanak-kanak dan remaja daripada komuniti penganut Lev Tahor susulan dakwaan penderaan kanak kanak, termasuk rogol pada Jumaat.

Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.

Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.

Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".