BUKIT MERTAJAM: Dua lagi kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang semalam, menjadikan keseluruhan kluster melibatkan pelajar institusi pendidikan dijangkiti COVID-19 yang masih aktif di negeri itu sebanyak 10 ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata dua kluster baharu itu ialah kluster Jalan Pekan Darat membabitkan pelajar asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya dan kluster Jalan Damai Bukit Mertajam melibatkan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
"Kluster Jalan Damai Bukit Mertajam mencatatkan 24 kes positif COVID-19 semalam, manakala kluster Jalan Pekan Darat pula sembilan kes. Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil beberapa langkah segera bagi membendung penularan wabak itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika ini sebanyak 15 kluster aktif dilaporkan di Pulau Pinang iaitu 10 melibatkan kluster pendidikan, manakala sektor perkilangan dan tempat kerja masing-masing dua kluster serta satu kluster pusat tahanan.
Selain itu, menurutnya 433 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Pulau Pinang adalah 168,583 kes.
Media sebelum ini melaporkan lapan kluster pendidikan dilaporkan di Pulau Pinang iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Solok Nelayan di Daerah Barat Daya dan empat pusat tahfiz iaitu Kluster Jalan Sungai Nipah, Permatang Binjai, Kubang Semang dan Jalan Lembah, manakala dua lagi ialah institusi kemahiran di Jalan Berapit dan Bukit Panchor serta sebuah politeknik di Jalan Sungai Burung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022

433 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Pulau Pinang adalah 168,583 kes.- Gambar hiasan/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kluster Pendidikan: Khairy minta KPM, kementerian terlibat ketatkan SOP di sekolah asrama
Pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal mungkin sukar dilaksana di sekolah asrama namun peringatan perlu terus disampaikan kepada pelajar.

Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.

COVID-19: KKM, KPM perhalusi pengelasan sub kluster pendidikan - Dr Adham
KKM dan KPM sedang memperhalusi pengkelasan sub kluster pendidikan mengikut agensi atau kementerian yang bertanggungjawab.

COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil
Beliau turut berpandangan jika sekolah ditutup, pelajar akan mengalami kekangan lain seperti sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar
Zainal tidak menolak kemungkinan kes positif yang berlaku sejak Mac berpunca daripada pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial.

Kongres Maruah Melayu: Mansuhkan sekolah vernakular, perkasakan sekolah kebangsaan
Hanya sekolah satu aliran sahaja boleh memupuk integrasi nasional dalam kalangan generasi seterusnya, yang bakal mewarisi negara ini.