GEORGE TOWN: Kilang memproses produk berasaskan kacang soya dan kilang memproses mee dan kuetiau telah diarah tutup selama dua minggu kerana kotor dan menjijikkan, termasuklah terdapatnya najis tikus di ruang pemprosesan makanan dan stor.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata menerusi serbuan Ops Tegar Siri 2 itu, pihaknya mendapati tahap kebersihan kedua-dua premis tersebut tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.
Katanya, kilang-kilang tersebut, yang terletak di Jalan Perak dan Batu Lanchang di sini, juga dikenakan masing-masing tiga kompaun bernilai hampir RM12,000.
"Malah, pihak kami juga telah memberi Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa hari ini hingga 16 April ini," katanya kepada pemberita selepas operasi itu hari ini.
Mohd Wazir berkata dalam pemeriksaan di kilang memproses produk berasaskan kacang soya di Batu Lanchang, pihaknya menemui najis tikus, bekas penutup soya dipenuhi fungus dan lipas, malah premis yang beroperasi sejak 10 tahun lepas itu juga didapati meletakkan bekas berisi kacang soya di atas lantai tandas di kilang itu.
Malah lebih menjijikkan, katanya, apabila kawasan kilang yang menghasilkan produk seperti air kacang soya, tauhu dan taufufah untuk edaran di sekitar George Town itu, turut berbau hancing dipercayai berpunca daripada air kencing tikus.
Menurutnya kilang tersebut pernah dikenakan kompaun dan diarahkan tutup selama 14 hari atas kesalahan sama dua tahun lepas.
Sementara itu, beliau berkata kilang pembuatan mee dan kuetiau berkenaan didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan peralatan yang digunakan dipenuhi habuk dan lendir.
Mohd Wazir berkata pihaknya percaya peralatan tersebut tidak pernah dibasuh, selain keadaan lantai premis yang licin yang boleh mendatangkan bahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Pegawai penguatkuasa bahagian keselamatan dan kualiti makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Rusni Md Akhir ketika serbuan Ops Tegar Siri 2 di sebuah kilang memproses kacang soya di sini hari ini. - Bernama
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Dua kilang proses makanan diarah tutup kotor dengan najis tikus, lipas
Kilang memproses produk berasaskan kacang soya dan kilang memproses mee dan kuetiau telah diarah tutup selama dua minggu kerana kotor dan menjijikkan, termasuk najis tikus di beberapa ruang.