Dua kedai kayu dan sebuah rumah teres setingkat di Kampung Baru Sikamat di sini musnah dalam kebakaran malam Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata dalam kejadian 8.02 malam itu, seramai 24 anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kami mengambil masa dua jam setengah untuk memadamkan api," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata operasi pemadaman itu turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Senawang.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA