KUALA LUMPUR:Dua buah kapal, MT Strovocos dan MV Ocean Line 5001, dilaporkan berlanggar pada kedudukan kira-kira 2.4 batu nautika arah barat daya Terminal Tanjung Bruas, Perairan Tanjung Keling, Melaka pada Jumaat.
Bagaimanapun, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan memaklumkan perlanggaran membabitkan kapal pengangkut pasir, MV Ocean Line 5001 dan kapal tangki, MT Strovocos, kira-kira pukul 11.38 pagi itu, tidak menyebabkan kemalangan jiwa serta ancaman kepada alam sekitar.
"MV Oceanline 5001 dari kawasan tambakan Kota Laksamana menuju ke lokasi pengambilan pasir luar had pelabuhan Melaka sebelum melanggar bahagian tengah sebelah kiri MT Strovocos yang ketika itu berlabuh di dalam had pelabuhan Melaka," menurut kenyataan itu.
Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kapal tersebut mengalami kerosakan dan susulan itu JLM telah menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Menurut kenyataan itu, JLM juga akan sentiasa memantau situasi tersebut bagi mengekalkan keselamatan pelayaran kapal lain sekali gus memastikan alam sekitar marin tidak tercemar.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang benar dan tepat berhubung kes itu selain menyalurkan sebarang maklumat rasmi terus kepada jabatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020

Situasi tersebut akan dipantau bagi mengekalkan keselamatan pelayaran kapal lain sekali gus memastikan alam sekitar marin tidak tercemar. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang
Pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.

Pelanggaran bot: Kerajaan Terengganu mahu siasatan terperinci
Ariffin berkata, isu keselamatan dan keselesaan pelancong ke pulau-pulau peranginan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Pelanggaran bot pelancong: Pasukan penyiasat ditubuhkan kenal pasti punca
Satu pasukan penyiasat ditubuhkan segera bagi mengenal pasti punca utama pertembungan bot pelancong dan bot nelayan di muara Sungai Besut pada Isnin.

Jabatan Laut tubuh pasukan siasatan insiden kapal berlanggar di Muar
Sebuah pasukan siasatan telah memulakan siasatan awal bagi mengenal pasti punca kemalangan dua kapal di perairan Muar, Johor pada Sabtu malam.

Op Pintas: Padah berlabuh tanpa kebenaran
Menurut Pengarahnya Kapten Maritim Shahrizan Raman, pihaknya mengesan sebuah kapal tunda membawa paip besi dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 1 petang semalam.

Minyak enjin kapal punca pencemaran pantai Port Dickson - Exco
Keputusan itu diperoleh pada 23 Oktober lepas, hasil analisis tiga sampel cecair separa pepejal berwarna hitam yang diambil di kawasan persisiran pantai tersebut.

Dua kapal berlanggar di perairan Tanjung Keling Melaka, tiada kemalangan jiwa
Situasi tersebut akan dipantau bagi mengekalkan keselamatan pelayaran kapal lain sekali gus memastikan alam sekitar marin tidak tercemar.

PKPD: Operasi feri penumpang Kuala Kedah ke Kuah dihenti 14 hari
Jabatan itu turut menjangkakan akan berlaku pertambahan mendadak pengguna di Terminal Feri Kuala Perlis dalam tempoh dua minggu ini.

Pantau pelancong asing di jeti, pelabuhan negara
Langkah itu diambil sebagai kesiapsiagaan menghadapi potensi penularan jangkitan koronavirus di jeti dan pelabuhan negara.

Pihak berkuasa, operator feri dan bot perlu buat audit keselamatan - Lee
Lee Lam Thye berkata insiden ini seharusnya membuka mata semua pihak mengenai kepentingan aspek keselamatan.