SEREMBAN:Keputusan analisis sampel yang diambil dari lokasi pencemaran tumpahan minyak di Pantai Cermin, Port Dickson dekat sini dikenal pasti sebagai minyak mineral mentah daripada enjin kapal.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S.Veerapan berkata, keputusan itu diperoleh pada 23 Okt lepas, hasil analisis tiga sampel cecair separa pepejal berwarna hitam yang diambil di kawasan persisiran pantai tersebut.
"Kita telah serahkan keputusan sampel itu kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) untuk memeriksa setiap kapal dan memastikan punca (minyak) itu daripada kapal yang mana.
"JLM kini masih menyiasat, tetapi bahan itu dikenal pasti sebagai minyak enjin kapal," katanya di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 34B(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang mana tiada seorang pun boleh melupuskan apa-apa buangan terjadual di darat.
Pada 12 Oktober lepas, media melaporkan kawasan persisiran Pantai Cermin sejauh dua kilometer didapati tercemar dengan tumpahan minyak dan insiden itu mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang meninjau lokasi berkenaan pada 13 Okt lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
Pada 12 Oktober, media melaporkan kawasan pesisiran Pantai Cermin sejauh dua kilometer didapati tercemar dengan tumpahan minyak. - Gambar fail
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Minyak enjin kapal punca pencemaran pantai Port Dickson - Exco
Keputusan itu diperoleh pada 23 Oktober lepas, hasil analisis tiga sampel cecair separa pepejal berwarna hitam yang diambil di kawasan persisiran pantai tersebut.