TANAH MERAH: Bermula sekadar beramal untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf dari Kampung Bukit Gading, di sini, ketupas palas sejuk beku yang dihasilkan mereka kini mendapat permintaan ramai khusus buat perantau di luar Kelantan.
Pengasas Dapur Ramadan, Zarina Mohd Nawawi, 49, berkata ketupat sejuk beku hasil air tangan golongan asnaf itu memberi fokus kepada pesanan dari luar Kelantan, menyaksikan 90 peratus tempahan dihantar ke Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.
Mesra disapa sebagai Kak Na, beliau berkata perniagaan yang pada awalnya sekadar untuk beramal serta memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf berubah apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sehingga mereka tidak menang tangan memenuhi tempahan.
"Semua pekerja yang Kak Na ambil merupakan golongan asnaf dan hampir kesemuanya adalah terdiri daripada wanita yang berumur sekitar 30 hingga 60 tahun.
"Untuk tempahan kita buka sejak Februari lepas, dalam tempoh tersebut 4,000 hingga 5,000 biji ketupat disiapkan sehari.
"Tetapi memasuki bulan Ramadan proses pembuatan mencecah 10,000 biji sehari.
"Sejak 2018 hingga sekarang, kita berjaya hasilkan lebih kurang dua juta biji ketupat sejuk beku," katanya kepada Bernama.
Bercerita lanjut, Zarina berkata sejak awal memulakan perniagaan tersebut, beliau memang memberi fokus memasarkan produk ke pasaran luar untuk memberi peluang masyarakat di luar Kelantan menikmati ketupat palas buatan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan resipi ketupat palas sejuk beku Dapur Ramadan, Zarina berkata ia merupakan resipi daripada seorang pekerja di situ sendiri yang kemudiannya diubah suai supaya juadah itu lebih enak dan berkualiti.
Selepas mendapat keuntungan yang tinggi saban tahun, Zarina telah menubuhkan Skim Pinjaman Qardhul Hassan (tanpa faedah) kepada golongan asnaf yang membuat ketupat di Dapur Ramadan dengan membolehkan mereka membuat pinjaman bagi membeli keperluan seperti mesin basuh dan peti sejuk.
"Menerusi skim pinjaman ini, sesiapa nak beli barang seperti mesin basuh, Kak Na akan pergi beli secara tunai di kedai.
"Jadi dari situ, kita akan potong gaji setiap hari dalam RM10 sampai habis dengan harga yang sama.
"Pekerja di sini bekerja dengan gaji harian. Kak Na bagi gaji berdasarkan kepantasan dan kecekapan mereka bekerja. Sebiji ketupat Kak Na upah dengan 17 sen.
"Dalam masa sehari, seorang boleh dapat RM150 untuk bungkus ketupat sahaja," tambahnya.
Mengakhiri temu bual tersebut, Zarina berharap untuk meneruskan perniagaan ketupat sejuk beku itu sekali gus terus membela nasib golongan asnaf di kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
![Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018 Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620698024_Duajutaketupatsej.jpg)
Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018. -Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Mawi terkenang belajar anyam ketupat bawang, katak daripada arwah orang tua Mawi terkenang belajar anyam ketupat bawang, katak daripada arwah orang tua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682428690_Mawiterkenangbela.jpg)
Mawi terkenang belajar anyam ketupat bawang, katak daripada arwah orang tua
Penyampai radio ZAYAN iaitu Mawi berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama adik-beradiknya memandangkan ibu bapanya sudah tiada.
![Rakyat Malaysia dinasihatkan pilih sajian lebih sihat di hari raya Rakyat Malaysia dinasihatkan pilih sajian lebih sihat di hari raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/71528982997_JuadahRaya.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihatkan pilih sajian lebih sihat di hari raya
Makan berlebihan ketika hari raya boleh membawa kepada penambahan berat badan terutama apabila lebih banyak kalori yang diambil daripada yang dibakar.
![Ketupat lembik: Adabi mohon maaf Ketupat lembik: Adabi mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620996340_ADABI.jpg)
Ketupat lembik: Adabi mohon maaf
Adabi menyeru kepada pengguna supaya menyalurkan terus aduan di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.
![Bertugas di Aidilfitri bukan satu beban bagi petugas barisan hadapan Bertugas di Aidilfitri bukan satu beban bagi petugas barisan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620873312_sekatanjalanraya.jpg)
Bertugas di Aidilfitri bukan satu beban bagi petugas barisan hadapan
Mereka wira yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula melanda negara ini awal tahun lepas.
![Dua tahun tak balik beraya, sayu, sebak semakin terasa tatkala Syawal menjelang Dua tahun tak balik beraya, sayu, sebak semakin terasa tatkala Syawal menjelang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620728488_Bujang.jpg)
Dua tahun tak balik beraya, sayu, sebak semakin terasa tatkala Syawal menjelang
Mungkin ada yang tidak begitu terkesan tapi bagi sesetengah orang, pagi raya bersama ibu bapa adalah makna sebenar Hari Raya Aidilfitri.
![Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018 Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620698024_Duajutaketupatsej.jpg)
Dua juta ketupat sejuk beku asnaf penuhi selera perantau sejak 2018
Ketupat sejuk beku hasil air tangan golongan asnaf itu memberi fokus kepada pesanan dari luar Kelantan, menyaksikan 90 peratus tempahan dihantar ke Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.
![Ketupat palas serunding daging laris menjelang Aidilfitri Ketupat palas serunding daging laris menjelang Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620603939_TBSMEKETUPATSERUND.jpg)
Ketupat palas serunding daging laris menjelang Aidilfitri
Pengusaha ketupat palas serunding daging di Gua Musang, Kelantan menerima banyak tempahan juadah Hari Raya.