KANGAR: Ketika orang lain bersama keluarga di rumah menyambut 1 Syawal, ada insan yang terpaksa bertugas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Mereka adalah wira yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula mendarat di negara ini awal tahun lepas.
Seorang anggota polis Konstabel Ahmad Kamil Mohamad, 26, dari Balai Polis Kangar berkata tahun ini merupakan tahun ketiga beliau tidak dapat beraya bersama isteri dan keluarga di kampung.
"Bagi saya ia bukan satu beban tetapi satu amanah yang perlu dilaksana oleh seorang anggota polis...setiap kali bertugas ketika raya, isteri saya akan bekalkan juadah raya seperti ketupat dan rendang daging.
"Walaupun tidak dapat beraya bersama keluarga sekurang-kurangnya dapat makan masakan air tangan isteri sudah dapat memberi kegembiraan kepada saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Turut berkongsi pengalaman yang sama, seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan, Nur Zairah Mat Lazim, 30, yang bertugas pada hari raya buat kali kedua tahun ini.
"Pada awal dahulu saya rasa agak kekok, namun sekarang tidak rasa sedih sangat kerana dihiburkan oleh rakan-rakan sekerja," katanya.
Ibu kepada seorang anak itu berkata walaupun terpaksa meninggalkan anak berusia empat tahun di rumah bersama adik, keadaan itu tidak mengganggu tumpuannya melakukan tugas di wad kecemasan.
Bagi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sani Abu Bakar, 43, ini adalah pengalaman pertama beliau tidak dapat beraya bersama keluarga kerana bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Sanglang.
"Oleh kerana ini adalah kali pertama dipilih bertugas, sudah pasti saya merasa sayu untuk tinggalkan empat orang anak dan isteri beraya sendirian di rumah, namun apa yang lebih penting bagi saya adalah tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
Petugas barisan hadapan tidak mengenal erti penat, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula melanda negara ini awal tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Siasatan polis mendapati kematian kucing di Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini dipercayai akibat serangan anjing liar.
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Polis beri amaran keras tidak hampiri lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan
Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama.
Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi.
Peniaga rugi lebih RM50,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah melihat iklan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan dan kemudian menghubungi seorang individu melalui aplikasi Telegram.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.