Dua individu yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pembantu Tadbir di Jabatan Insolvensi yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM1,000 dan RM2,000 di reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 April ini.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Khairul Nizam Bin Abu Bakar selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Shah Alam, pagi ini.
Semalam, SPRM telah menahan suspek yang berusia 33 dan 38 tahun di Pejabat SPRM Selangor pada jam 7.15 dan 8.40 malam ketika hadir memberikan keterangan untuk dua kes yang berbeza.
Menurut sumber, bagi individu yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu telah menerima suapan daripada pemilik sebuah syarikat sebagai balasan memilih syarikat tersebut secara langsung bagi membekalkan alat tulis di FAMA.
Manakala untuk suspek kedua pula disyaki telah menerima suapan daripada pemilik syarikat yang sama sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pembekalan alat tulis di jabatan tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Astro Awani
Thu Apr 18 2019
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Khairul Nizam Bin Abu Bakar selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Shah Alam, pagi ini. - Foto SPRM
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.
FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.
Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman PDRM sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.