GEORGE TOWN: Dua lelaki dipercayai ahli geng kongsi gelap ditahan kerana memeras ugut seorang peniaga di tapak perniagaan sempena sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada kira-kira 4 pagi.
"Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang berniaga di kawasan berkenaan mendakwa didatangi dua lelaki yang mengugut mahu merosakkan gerainya kerana berniaga di situ dan mangsa yang bimbang keselamatan dirinya bertindak membuat laporan polis.
"Ekoran laporan polis itu, pihak kami menjalankan siasatan dan menahan dua lelaki tersebut tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat tatu geng kongsi gelap di badan mereka dan dipercayai mereka ahli geng tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini, pada Ahad.
Menurutnya berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan jenayah tersebut dan kini mereka direman hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut membuka empat kertas siasatan kes curi iaitu seluk saku dan seluk beg melibatkan empat mangsa termasuk seorang pelancong Kanada yang hadir pada sambutan Thaipusam di negeri ini.
Katanya lelaki Kanada berusia 79 tahun itu mengalami kerugian RM6,000 selepas menjadi mangsa penyeluk saku ketika sedang leka menyaksikan perarakan pedati di Lebuh Chulia, di sini semalam.
"Lelaki itu hanya menyedari dompetnya hilang pada 9 pagi dan bertindak membuat laporan polis. Kami juga menerima laporan polis daripada tiga wanita berusia antara 37 dan 58 tahun yang turut menjadi mangsa seluk saku serta seluk beg.
"Tiga wanita warga tempatan itu kerugian RM1,150 selepas menjadi mangsa dalam kejadian semalam hingga awal pagi ini di sekitar Jalan Utama, di sini untuk meraikan sambutan Thaipusam," katanya.
Beliau berkata pihaknya kini giat mengesan mereka terlibat dan empat kes tersebut disiasat menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Menurutnya pengunjung yang hadir diminta agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa barang berharga bagi mengelak menjadi mangsa jenayah terutama di kawasan sesak ketika sambutan Thaipusam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
Mohd Shuhaily (dua, kiri) memberi bekalan makanan secara percuma kepada penganut Hindu di Jalan Kebun Bunga sempena sambutan perayaan Thaipusam hari ini. -fotoBERNAMA
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Projek pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula 15 Oktober
Beliau berkata tempoh penutupan adalah dari 15 Okt, iaitu sebaik projek berkenaan dimulakan dan mengambil masa selama dua tahun dan dijangka siap 30 Jun 2026.
Dua geng kongsi gelap ditahan ugut peniaga
Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada kira-kira 4 pagi.
Thaipusam disambut secara norma baharu, upacara agama disiar di media sosial
Tiada lagi perhimpunan besar-besaran, sambutan Thaipusam kali ini amat sederhana dan sunyi tidak seperti kelazimannya.
Mayat lelaki ditemui dalam parit
Mangsa S. Govindaraju, 51, sebelum ini dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah dan keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.