Dua individu direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suapan untuk menyelesaikan kes rasuah.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman SPRM mulai hari ini sehingga 1 Julai nanti.
Semalam, SPRM telah menahan kedua-dua suspek terbabit kira-kira pukul 5.30 petang dan 10.15 malam.
Kedua-dua suspek yang berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Menurut sumber, kedua-dua suspek dikatakan telah meminta wang suapan sebanyak RM1 juta daripada seorang lelaki yang didakwa mempunyai kes membabitkan SPRM.
Ujarnya, kedua-dua suspek juga dikatakan turut menggunakan surat rasmi kerajaan yang diperoleh daripada internet bagi menyakinkan mangsa.
"Mangsa yang percaya, seterusnya bersetuju untuk bertemu kedua-dua suspek bagi membincangkan mengenai kes tersebut.
"Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila mangsa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang kesalahan membabitkan rasuah," katanya di sini hari ini.
Tambah sumber, susulan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM50,000 daripada seorang suspek dan dua telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi tujuan permohonan reman.
"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009," ujar sumber terbabit lagi.
Hilal Azmi
Thu Jun 28 2018
Kedua-dua suspek dikatakan telah meminta wang suapan sebanyak RM1 juta daripada seorang lelaki yang didakwa mempunyai kes membabitkan SPRM. - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew
Wanita 40-an yang juga pengadu kes itu berkata, gambar tersebut mungkin ditangkap layar oleh Lew semasa panggilan video dibuat.
Kedah perlu lakukan melalui mahkamah, jika mahu tuntut caj air mentah - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau sendiri telah berulang kali memberi penjelasan mengenai pendirian Pulau Pinang berhubung isu itu.
Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah
Turut hadir, isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.
Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, akan didakwa esok di mahkamah.
Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati
Pasangan itu diarah menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 19 Dis 2016.
Rayuan akhir Peter Anthony selesai, mahkamah tangguh keputusan
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat
Kontroversi timbul mengenai kalendar padat berikutan beberapa pengenalan baru dalam Piala Dunia Kelab FIFA dijadual tahun depan di AS.
Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan
Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu.