Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kemalangan itu membabitkan tiga buah lori dan sebuah kereta jenis Mercedes.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi.
"Lori 1 tan (seorang lelaki cedera, seorang lelaki selamat), lori 3 tan (seorang lelaki selamat, seorang lelaki cedera tersepit) dan sebuah kereta Mercedes (dua lelaki selamat)," katanya dalam kenyataan awal pagi Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, kesemua kenderaan berkenaan berlanggar dari arah belakang antara satu sama lain.
Jelasnya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya mangsa cedera kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan susulan.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saijul Amri Malik itu tamat pada jam 12.58 tengah malam.