RAWANG: Dua bilik darjah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Batu Arang di sini yang berusia 88 tahun musnah dalam kebakaran pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 11.41 pagi.
Menurutnya, kejadian membabitkan dua kelas yang digunakan bagi penyimpanan alat bantu mengajar.
Katanya, dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Batu Arang dan BBP Sungai Buloh terlibat dalam operasi mengawal kebakaran di bangunan satu tingkat itu.
"Kebakaran melibatkan bilik darjah berkeluasan 450 kaki persegi setiap satu. Satu daripada kelas tersebut musnah 100 peratus manakala sebuah bilik lagi terjejas lima peratus.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.57 pagi," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kejadian tidak melibatkan mangsa susulan pihak guru telah melakukan pengosongan bangunan dan menempatkan pelajar di tempat berkumpul.
"Tiada pelajar di dalam kelas yang terbakar itu. Bilik berkenaan hanya menyimpan barang-barang keperluan pembelajaran untuk subjek Rekabentuk Teknologi (RBT) dan tiada sesi pembelajaran di kelas berkenaan," katanya.
Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022
Kebakaran bangunan satu tingkat SJK (T) Batu Arang pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Dua bilik darjah sekolah berusia 88 tahun terbakar
Kejadian membabitkan dua kelas yang digunakan bagi penyimpanan alat bantu mengajar.