KEMAMAN:Tindakan pantas dua beranak berjaya menyelamatkan seorang penjawat awam yang nyaris dihanyutkan air bersama kereta dipandunya di Kampung Batu 10 berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu, Ausdi Muhamed, 53, dan anaknya Amir Syafiq, 28, sedang berehat di rumah sebelum menerima panggilan telefon dari penduduk kampung yang memaklumkan terdapat sebuah kereta dihanyutkan air di kawasan tersebut.
"Dia pesan agar saya bawa bot kerana dipercayai pemandu masih berada dalam kereta tersebut. Saya dan anak bergegas pergi menaiki traktor dan membawa bot ke lokasi kejadian yang terletak satu kilometer dari rumah.
"Dari jauh memang nampak ada kereta Perodua Myvi berwarna putih terapung-apung setelah melanggar batang paip. Saya dan anak menaiki bot untuk sampai ke kereta tersebut. Mulanya kami bercadang hendak pecahkan cermin untuk menyelamatkan pemandu lelaki itu namun percubaan membuka pintu akhirnya berjaya dan beliau menaiki bot kami untuk ke bahu jalan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.
Difahamkan, pemandu Perodua Myvi itu yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Kemaman di Chukai sedang dalam perjalanan pergi ke tempat kerja setelah pulang dari bercuti di kampungnya di Bukit Payong dekat Marang.
Ausdi yang bertugas di Majlis Perbandaran Kemaman berkata dia dan anaknya mengambil masa hampir 30 minit untuk menyelamatkan penjawat awam itu.
"Kebetulan sahaja saya berada di rumah ketika itu dan syukur sangat penjawat awam itu selamat. Bagaimanapun keretanya pula terpaksa ditarik dengan menggunakan khidmat dua agensi iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Memang arus agak deras di laluan ini dan sebelum ini pun, pernah juga berlaku kereta rosak dan enjinnya mati akibat cuba mengharung air, namun pemandu sempat keluar daripada kenderaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata mangsa yang berusia 27 tahun itu bertolak dari Marang pada 10.15 pagi tadi untuk bekerja syif pada sebelah malam.
"Ketika sampai di lokasi, mangsa cuba meredah air yang sedang melimpah atas jalan walaupun ketika itu arus laju.
"Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba dibawa arus ke sebelah kiri bahu jalan dan hanyut ke dalam semak menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kereta akibat terkunci selama 15 minit," katanya kepada pemberita hari ini.
Mohd Zailani berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Balai Polis Chukai untuk membuat laporan kemalangan.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan tidak mengambil risiko untuk meredah laluan yang dinaiki air bagi mengelak kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Balai Polis Chukai untuk membuat laporan kemalangan. -Gambar/ Ihsan pembaca
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan lantai 50 X 60 kaki persegi terbakar musnah anggaran 80 peratus.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.
Enam cedera, 3 parah nahas lori dengan kereta
Mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita yang cedera dibawa ke hospital berhampiran
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.