Dua beranak rentung apabila rumah mereka di Tanjung Batu di sini terbakar awal pagi tadi.
Bukhari Langga, 57, maut dipercayai akibat terjatuh di depan bilik air ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya Nur Aishah, 22, yang terperangkap di dalam bilik rumah mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Ismaidi Ismail berkata anggota bomba menemui mayat Aishah pada pukul 6.45 pagi manakala mayat bapanya ditemui pada pukul 8.02 pagi.
Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat, katanya.
Beliau berkata kebakaran membabitkan 11 buah rumah, sebuah kereta dan sebuah motosikal yang pihak bomba menerima panggilan kira-kira 5.27 pagi.
Seorang lagi anak mangsa, Marwah, 31, berkata sebaik menyedari kebakaran itu, dia terus membangunkan anggota keluarganya sementara bapanya bergegas untuk menyelamatkan adik perempuannya yang berada di dalam bilik.
Ariffin, 62, pula berkata dia melihat kebakaran itu sebaik tiba di rumahnya selepas menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan.
"Saya melihat api sedang marak ketika hampir sampai di rumah saya. Saya kemudian menjerit kepada jira-jiran untuk menyelamatkan diri," katanya yang bersyukur kerana anggota keluarganya terselamat dalam kebakaran itu.
Sementara itu Ismaidi berkata sebuah kilang di Kompleks Hap Seng turut mengalami kebakaran kecil yang melibatkan suis utama kompleks itu pada pukul 7.10 pagi.
Satu lagi kebakaran yang membabitkan kediaman pekerja sebuah syarikat di Jalan Bahagian turut berlaku pada pukul 8.24 pagi, katanya. - Bernama
Bernama
Sat Oct 15 2016
Dua beranak rentung dalam satu kebakaran yang memusnahkan 11 rumah, sebuah kereta dan sebuah motorsikal di Otentik, Tanjung Batu Keramat awal hari ini. - Foto BERNAMA
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Dua beranak rentung dalam kebakaran di Tawau
Dua beranak rentung apabila rumah mereka di Tanjung Batu di sini terbakar awal pagi tadi.