SETIU: Seorang bapa dan anak lelaki antara empat penjaja yang ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas didapati meninggalkan solat Jumaat dalam operasi dijalankan di sekitar daerah ini.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd Aziz berkata, lelaki berusia lingkungan 17 hingga 54 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, dekat Sungai Tong pada Jumaat.
Menurutnya, kesemua mereka ditahan selepas pemantauan dilakukan oleh anggota penguat kuasa syariah wanita bermula jam 1.30 tengah hari hingga selesai tempoh waktu solat tersebut.
"Tangkapan ke atas mereka dibuat sekitar jam 2 petang selepas mendapati mereka tidak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
"Mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Setiu untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jamin hadir ke mahkamah," katanya di sini pada Sabtu.
Aizi Saidi berkata, lelaki berkenaan ditahan di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016).
"Bagi kesalahan itu, mana-mana lelaki yang mukalaf tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan satu kesalahan.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan ke atas individu Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JHEAT dengan kerjasama Pegawai Penguat kuasa Syariah Setiu dan Besut.
"Kira-kira 30 anggota penguat kuasa turun ke pasar pagi di Pantai Rhu 10, di sini untuk menjalankan kempen pencegahan jenayah syariah dengan mengedarkan risalah kepada orang ramai," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 20 2024
Anggota penguat kuasa JHEAT menahan empat lelaki yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Runtuhan tebing ancam nyawa
Jabatan Pengairan dan Saliran memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
Pesawat baharu A330neo Malaysia Airlines bermasalah, Airbus jamin beri sokongan penuh
Pesawat yang dilengkapkan dengan teknologi enjin terbaharu Rolls Royce, mengalami masalah teknikal selepas melakukan penerbangan sulung yang dikaitkan dengan kebimbangan membabitkan kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya.
Agenda AWANI: Isu doktor letak jawatan | Selesaikan segera
Apa strategi yang perlu segera diambil bagi menangani masalah peletakan jawatan pakar perubatan awam di negara ini supaya tidak menggugat ketahanan sektor kesihatan awam? Diskusi 8.30 malam
Dua beranak antara ditahan ponteng solat Jumaat
Lelaki berusia lingkungan 17 hingga 54 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, dekat Sungai Tong pada Jumaat.
Penjara, denda jika ponteng solat Jumaat tiga kali berturut di Kedah
Umat Islam yang didapati ponteng solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut bakal dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga enam bulan dan denda RM1,000.