Polis hari ini mengesahkan seorang daripada dua beradik warga emas yang ditemui mati di rumah mereka di Ladang Kelapa Sawit Sungai Beruas, Kampung Pulau Meranti, semalam, berpunca daripada kecederaan di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati mayat Salasiah Yaakob, 71, turut mempunyai kesan lebam di hidung, lengan serta kaki.
Beliau berkata bagaimanapun, punca kematian kakaknya, Salamiah, 76, tidak dapat ditentukan berikutan keadaan mayat yang sudah pun reput.
"Dakwaan mengatakan salah seorang mangsa dirogol, kita tidak boleh nak klasifikasikan kerana kedua-dua mayat sudah berulat, kembung dan kehitaman.
"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tidak mempunyai kesan diceroboh atau sebarang pergelutan berlaku manakala kita tidak pasti sama ada terdapat barang mangsa yang hilang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini, hari ini.
Tengku Mohd Zailan berkata polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya motif kejadian masih belum diketahui kerana polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu.
Mayat dua beradik itu ditemui mati dalam keadaan mayat mereka berulat dan berbau di rumah mereka oleh anak saudaranya Mazlan Yunus, 52, kira-kira pukul 9.30 pagi.
Kedua-dua mangsa, yang bekerja sebagai penoreh getah, dipercayai meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum mayat mereka ditemui.
Jenazah mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Meranti berhampiran kubur ibu bapa mereka.
Adik mangsa, Elias Yacob, 55, ketika dihubungi, berkata beliau terkejut dan tidak menyangka kedua-dua kakaknya mati dibunuh.
"Anak saudara saya memberitahu kejadian itu, dan pada mulanya saya menyangka ia satu gurauan," katanya.
Elias berkata kedua-dua mangsa yang merupakan anak kedua dan ketiga daripada tujuh beradik itu pernah mengajaknya tinggal bersama, namun ditolak kerana mengalami masalah kesihatan.
"Arwah pernah ajak tinggal bersama, tetapi saya tolak sebab sakit dan kini saya tinggal bersama anak di Kuala Lumpur. Saya juga bimbang dengan keselamatan mereka dan pernah mempelawa untuk tinggal di rumahnya di Jelapang Jaya di sini, tetapi mereka menolak pelawaan itu.
"Mereka tidak mahu meninggalkan rumah pusaka itu kerana mahu tengok kebun," katanya.
Beliau berharap suspek yang tidak berhati perut melakukan perbuatan itu dikenakan hukuman yang setimpal.
Bernama
Tue Sep 22 2015
![Dua beradik warga emas dibunuh - Polis Dua beradik warga emas dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437315693_KESBUNUH.jpg)
polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Gambar hiasan
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Dua beradik hilang di Seri Kembangan Dua beradik hilang di Seri Kembangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739591743_hebahanoranghilang.jpg)
Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.
![Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735396015_MazupiAbdulRahman.jpg)
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk
Kesihatan dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas semakin pulih.
![Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723107015_Culikduaberadik.jpg)
Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing
Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan pihak polis berhubung satu kejadian culik melibatkan dua beradik lelaki, di sini pada Isnin.
![Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720578004_tbkanakkanakmenin.jpg)
Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian yang berusia tiga tahun menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi di Hospital Pulau Pinang.
![Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706778560_TBmautkemalangan.jpg)
Dua beradik maut, dua parah kemalangan dua kereta di Kota Tinggi
Dua beradik maut manakala dua lagi cedera parah termasuk seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi.
![Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704597232_JabatanKebajikanMa.jpg)
Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan.
![Dua beradik didakwa membunuh Dua beradik didakwa membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704344806_TBDuaberadikjpg.jpg)
Dua beradik didakwa membunuh
Jagdeeshraj dan Vasantharaj serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif pada 27 Okt 2023.
![Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696495044_kemalangan.jpg)
Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah
Dua beradik maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di kilometer (km) 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, hari ini.
![Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688700290_IPOH.jpg)
Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.