Dua beradik terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap B Gopi, 32, dan B Sasitharan, 25.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa atas tiga pertuduhan iaitu secara bersama mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine seberat 70.87 gram (g), mengedar dadah sama seberat 42.14 g serta memiliki syabu seberat 6.35 g.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 5 petang pada 1 Ogos 2014 di No. 27, Lorong Kijang 25, Taman Seri Kijang, Bukit Mertajam.
Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh disabitkan mengikut Seksyen 39B(2) dan 39A(1) akta sama.
Sabit kesalahan, kedua- dua tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung atau dipenjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak digantung.
Dalam penghakimannya, Ahmad Shahrir berkata, mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk merakam percakapan empat orang saksi kes tersebut selepas usaha mengesan mereka hanya dilakukan pada peringkat perbicaraan kes.
Katanya, pihak pendakwaan juga tidak bergantung kepada soal siasat terhadap tertuduh, sebaliknya hanya mengguna pakai situasi apabila Gopi membawa polis ke kereta dan menyerahkan dadah yang ada di dalamnya kepada mereka.
Beliau berkata, pihak pendakwaan juga gagal membawa pemilik kereta terbabit, selain mahkamah tidak boleh beranggapan semua barang dalam kenderaan itu adalah milik tertuduh.
Malah polis juga gagal memberi amaran kepada tertuduh ketika membawanya ke kereta tersebut untuk mengeluarkan dadah kerana tertuduh telah ditahan sebelum itu.
Jelas Ahmad Shahrir, mahkamah juga tidak boleh beranggapan bahawa dadah yang ditemui di dalam rumah didiami kedua-dua tertuduh adalah milik mereka sepenuhnya kerana rumah tersebut turut didiami oleh orang lain.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khalid Ab. Karim, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid.
Sementara itu, sejurus prosiding selesai, kedua-dua beradik itu dilihat tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila menitiskan air mata dan memeluk beberapa ahli keluarga yang turut hadir di luar kamar mahkamah.
Astro Awani
Wed Oct 17 2018

P Puspa, 58, (tengah) terharu selepas kedua-dua anaknya B Gopi, 32, (dua, kanan) dan B Sasitharan, 25, (dua, kiri) terselamat daripada hukuman gantung. - Foto Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Dua beradik terlepas hukuman mati
Dua beradik terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah empat tahun lalu.