TUMPAT: Kesempitan hidup tidak menghalang dua beradik dari Kampung Jal Kecik, Chabang 4, di sini berusaha menjalankan tanggungjawab menjaga ibu mereka yang terlantar akibat sakit strok dan kanser darah tahap empat.
Dua beradik berlainan bapa itu, Tuan Fazlee Tuan Losing, 32, dan adiknya, Siti Rokiah Mat Yusof, 29, menjaga ibu mereka, Siti Khatijah Pak Man, 71, sejak wanita itu diserang angin ahmar lapan tahun lalu.
Siti Rokiah berkata, mereka sekeluarga tinggal di Pondok Lambor, Wakaf Bharu, Tumpat, selama 10 tahun selepas rumah peninggalan arwah bapa, Mat Yusof Ali, runtuh kerana usang.
“Rumah sekarang dibina oleh bapa saudara di atas tanah milik ibu.
“Saya tidak bekerja kerana perlu menjaga ibu lumpuh dan dua lagi anak kecil berusia lapan serta tiga tahun.
"Suami hanya bekerja buruh dengan pendapatan tidak tetap sehingga RM1,000 sebulan,” katanya ketika menerima lawatan dan bantuan katil oleh Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang disampaikan Presiden KKCK, Pui Tiong Lam pada Isnin.
Siti Rokiah berkata, bapanya meninggal dunia akibat strok pada tahun 2003.
Menurut Siti Rokiah, Tuan Fazlee pula berhenti kerja di sebuah pasar raya sejak lima tahun lalu untuk membantu menjaga ibunya kerana kudrat wanita Siti Rokiah tidak mampu melakukan sepenuhnya.
“Dua kali ibu kena strok dan terjatuh. Saya pula tidak mampu mengangkatnya.
"Sehingga kini abang belum berkahwin dan tidak bekerja untuk membantu jaga ibu bersama-sama.
“Kami memandikan dan mencuci najis setiap hari manakala makan disuap tiga kali sehari kerana ibu tidak dapat menguruskannya,” katanya.
Sementara itu, Tuan Fazlee berkata, ibunya menerima bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang digunakan untuk menampung perbelanjaan susu dan lampin pakai buang.
“Kami tidak mampu bagi ibu susu khas seperti yang disaran oleh doktor malah ibu hanya duduk atas pelapik kayu sebelum diberi bantuan katil daripada KKCK semalam.
“Bilik ibu yang dilengkapi tandas ini pula baru tiga minggu siap dibina oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah,” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0311829000235822 atas nama Siti Khatijah Pak Man atau hubungi di talian 014-8097844.
Berita asal: Berlumba jaga ibu hidap kanser tahap 4
Sinar Harian
Tue Apr 06 2021

Siti Rokiah menyuapkan nasi kepada ibunya, Siti Khatijah sambil diriba oleh Tuan Fazlee di rumah mereka di Kampung Jal Kecik, Chabang 4, Tumpat pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dua beradik berkorban jaga ibu hidap kanser tahap 4
Dua beradik berlainan bapa itu menjaga ibu mereka, Siti Khatijah Pak Man, 71, sejak wanita itu diserang angin ahmar lapan tahun lalu.