Tiga termasuk dua beradik maut manakala tiga kanak-kanak parah selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 73 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu berhampiran Lawin di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan seorang kontraktor Mohd Azli Faizal Mansor, 33, memandu kereta jenis Honda Accord yang mengalami cedera parah di kepala lalu meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Katanya kontraktor itu yang memandu seorang diri dari arah Ipoh ke Gerik dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang dinaiki tujuh sekeluarga berada di laluan terbabit yang tidak sempat mengelak.
"Akibat kemalangan itu, dua beradik yang menaiki kenderaan pacuan empat roda iaitu pekerja kilang Rozita Khayri, 33, dan adiknya seorang suri rumah, Rashidah, 29, meninggal dunia di Hospital Gerik akibat cedera parah di beberapa bahagian badan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata tiga kanak-kanak yang turut mengalami kecederaan parah ialah dua anak Rashidah, Muhammad Irfan Daniel Muzhaffar, 8 tahun dan Amanda Rafania Deyana, satu tahun serta seorang anak Rozita, Adam Rais Zulfahan, satu tahun dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Katanya seorang lagi anak Rashidah, Muhammad Harazz Darwish, tiga tahun tidak mengalami kecederaan dan pemandu pacuan empat roda itu Mohamad Ridzuan Khayri, 22 tahun hanya cedera ringan.
"Rozita yang duduk di sebelah pemandu pacuan empat roda meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Gerik akibat cedera parah di kepala dan adiknya Rashidah yang duduk di belakang pula meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital sama pada pukul 6 pagi ini," katanya.
Ismail berkata ketika kejadian, tujuh sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari Kelantan untuk pulang ke rumah di Batu Kurau.
Menurutnya, bedah siasat ke atas mayat dua beradik itu dan kontraktor yang beralamat Kampung Ulu Kenderong di sini dijalankan di Hospital Gerik dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Azizul Aswad Asaris berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.53 tengah malam lalu bergegas ke tempat kejadian bagi kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang tersepit.
"Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020
Ketika kejadian, tujuh sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari Kelantan untuk pulang ke rumah di Batu Kurau.
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Polis tahan dua lelaki babit kes remaja dirogol, mengandung
Hasil pemeriksaan lanjut dari pihak Klinik Kesihatan Lenggong, mangsa disahkan mengandung.
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.
Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik
Seorang lelaki Orang Asli maut, dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, dekat Gerik, petang semalam.
Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan
Polis Daerah Gerik menerima laporan berhubung perbuatan khianat dan ugut itu pada awal pagi Rabu, sebelum melakukan penahanan.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.