KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan tukul besi terhadap pekerja stesen minyak warga Bangladesh pada Februari lepas.
Dua beradik itu Muhammad Nasrul Wafiy Harizan, 32, dan Muhammad Khairul Anuar, 30, serta rakan mereka Dzulkifli Ahmad, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.
Mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap lelaki berusia 49 tahun, yang mengakibatkan kerugian RM5,500 membabitkan 17 kotak rokok, cermin kedai dan wang tunai di Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 4.16 pagi, 6 Feb, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Di mahkamah sama, Muhammad Nasrul Wafiy dan Muhammad Khairul Anuar serta seorang lagi rakan dua beradik itu, Syazwan Sazali, 34, mengaku tidak bersalah melakukan samun berkumpulan terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di hadapan sebuah sekolah di Jalan Jambu Jinjang Selatan, Sentul di sini pada 2.20 petang, 24 Mac.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip, manakala peguam Arief Firdaus Ashikin mewakili Muhammad Nasrul Wafiy dan Muhammad Khairul Anuar. Dzulkifli serta Syazwan tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan Muhammad Nasrul Wafiy dan Muhammad Khairul Anuar masing-masing diikat jamin berjumlah RM12,000, manakala Dzulkifli serta Syazwan diikat jamin RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Fadzlin Suraya menetapkan 7 Mei untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
![Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710414496_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip, manakala peguam Arief Firdaus Ashikin mewakili Muhammad Nasrul Wafiy dan Muhammad Khairul Anuar. Dzulkifli serta Syazwan tidak diwakili peguam. - Gambar fail/Sinar Harian
![Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734158134_AmirHamzah.jpg)
ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
![15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan 15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67 Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736689168_yaman.jpg)
Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67
Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
![7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman 7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736650525_tbgasstorageexplo.jpg)
7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman
Tujuh orang maut manakala 65 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di wilayah Al Bayda'.
![Terlajak tekan pedal, Myvi rempuh stesen minyak Terlajak tekan pedal, Myvi rempuh stesen minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736295857_rempuhkedai.jpg)
Terlajak tekan pedal, Myvi rempuh stesen minyak
Siasatan mendapati kenderaan terlibat hilang kawalan selepas melanggar bonggol menyebabkan pemandunya tertekan pedal minyak.
![PDAM komited tambah baik kemudahan stesen minyak PDAM komited tambah baik kemudahan stesen minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730115064_BashirABRazakPDA.jpg)
PDAM komited tambah baik kemudahan stesen minyak
PDAM komited untuk meneroka penyelesaian agar seiring dengan visi PM untuk semua pengusaha stesen minyak menambah baik kemudahan di premis mereka.
![PM Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam PM Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729861995_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.
![KPDN Kedah kesan 580 kenderaan isi minyak berulang dalam sehari KPDN Kedah kesan 580 kenderaan isi minyak berulang dalam sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
KPDN Kedah kesan 580 kenderaan isi minyak berulang dalam sehari
KPDN Kedah mengesan 580 kenderaan membuat pengisian minyak secara berulang dalam sehari di beberapa stesen berbeza berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
![Video tular: Wanita ugut, serang guna buluh di stesen minyak akan didakwa esok Video tular: Wanita ugut, serang guna buluh di stesen minyak akan didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729495484_tbugutanjenayahst.jpg)
Video tular: Wanita ugut, serang guna buluh di stesen minyak akan didakwa esok
Wanita berusia 42 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar.
![KPDN kenal pasti 38 stesen minyak dengan kadar jualan luar biasa KPDN kenal pasti 38 stesen minyak dengan kadar jualan luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726920163_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN kenal pasti 38 stesen minyak dengan kadar jualan luar biasa
KPDN telah mengenal pasti 38 buah stesen minyak di seluruh negara, yang mencatatkan rekod penjualan minyak diesel serta RON95 secara tinggi dan luar biasa.
![SPRM tahan lima individu terlibat sindiket seleweng diesel SPRM tahan lima individu terlibat sindiket seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724597419_TBSPRM.jpg)
SPRM tahan lima individu terlibat sindiket seleweng diesel
SPRM menahan lima individu termasuk empat pengusaha stesen minyak kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan menyeleweng minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan.
![Empat lelaki terlibat cubaan samun di lebuh raya diberkas Empat lelaki terlibat cubaan samun di lebuh raya diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721792392_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Empat lelaki terlibat cubaan samun di lebuh raya diberkas
Kesemua suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan kira-kira jam 5.30 petang.