Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan semakan untuk mengubah tempoh tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan Mahkamah Majistret ke atas dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada Jun lepas.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman ketika membuat keputusan itu berkata pihaknya mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat untuk menahan reman kedua-dua remaja berusia 14 dan 16 tahun bermula 9 hingga 15 Sept ini.
"Tiada justifikasi untuk menahan kedua-dua remaja itu untuk tempoh tujuh hari. Maka, saya mengubah perintah tempoh tahanan reman ini berakhir hari ini pukul 5 petang," katanya ketika membenarkan permohonan semakan itu yang dikemukakan oleh peguam mewakili remaja berkenaan, Hisyam Teh Poh Teik.Ab Karim dalam penghakimannya berkata Mahkamah Majisret Petaling Jaya tidak cermat dalam mempertimbangkan keperluan mengeluarkan reman ke atas kedua-dua remaja itu di mana 'tempoh dua hingga tiga hari adalah tempoh cukup memadai untuk menjalankan siasatan ke atas mereka'.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen ketika berhujah membantah permohonan dikemukakan oleh Hisyam berkata tempoh reman selama tujuh hari cukup memadai berdasarkan 14 sebab yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat.
Pada Ahad lepas, kedua-dua remaja berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Majistret Nor Ariffin Hisham memerintahkan mereka direman tujuh hari sehingga 15 Sept ini.
Dua beradik berkenaan ditahan polis di rumah datuk mereka di Taman Tun Dr Ismail, kira-kira pukul 4 petang sehari sebelum itu.
Polis sebelum ini menahan ibu dan bapa mereka, sebelum kedua-duanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian CEO terbabit.
Bapa mereka dibebaskan selepas tamat tempoh reman pada 7 Sept lepas manakala ibu mereka masih direman sehingga Khamis ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Fadzil Ahmat sebelum ini berkata kes kematian Nazrin diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh selepas laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarkan hasil bedah siasat.
Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Homes di sini, pada kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lepas.- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 12 2018
Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Homes di sini, pada kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lepas. - Gambar fail
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.