SIBU:Mohamad Imran Syafie Mohamad Hamzah, 13, dan adiknya Fatihah Najwa, 10, telah menunjukkan ketabahan yang tinggi biarpun kehilangan ibu mereka, Siti Aishah Abdullah, 36, dan lima adik-beradik mereka yang terkorban dalam tragedi kenderaan terhumban di pangkalan Feri Triso Jumaat lepas.
Perkara itu diakui sendiri ibu saudara mereka Hetty Razali, 38, yang melihat kedua adik-beradik tersebut kelihatan tenang, sehingga mampu memujuk ahli keluarga mereka yang lain agar bersabar dalam menghadapi tragedi itu, yang mereka terima sebagai ujian Allah.
"Mereka (Imran Syafie dan Fatihah) lebih kuat lagi daripada kami. Bukan kami yang pujuk mereka tetapi (sebaliknya) mereka berdua pujuk kami. Hanya sewaktu memandikan jenazah sahaja (mereka menangis), namun sepanjang tempoh pengurusan dan pengebumian jenazah, saya tidak nampak mereka berdua menangis.
"Mereka (berdua) yang mengajar dan memujuk kami sekeluarga (untuk) anggap ini adalah perpisahan sementara, bukan berpisah tidak akan berjumpa lagi, ini yang saya rasa mereka bertambah kuat," katanya kepada pemberita pada majlis bacaan Surah Yassin dan Tahlil di Surau Darul Islam, Kampung Bandong di sini hari ini.
Hetty yang merupakan adik ipar Siti Aishah menemani kedua adik-beradik itu menghadiri majlis tersebut yang dianjurkan bersama Pusat Khidmat DUN Nangka, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Bandong/Barieng, dan Jawatankuasa Surau Darul Islam Kampung Bandong.
Dalam kejadian 1 Jan itu, Siti Aishah bersama lima orang anaknya, Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16; Khairunnisa, 14 (perempuan); Mohd Aiman, 7; Muhd Mustaqim, 5, dan Mohd Ahmad, 4 bulan, terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terhumban ke Sungai Batang Lupar di pangkalan feri Triso.
Adik Siti Aishah, Lorna Ting, 33, yang memandu kenderaan dan dua anaknya, Alvin Phang, 12, dan Wallace Phang, 7, turut terkorban dalam kejadian itu yang berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Kapit untuk menghantar Nor Shuhada dan Khairunnisa, ke sebuah madrasah di Kuching.
Sementara itu suami Siti Aishah, Mohamad Hamzah Razali, 43, ketika dihubungi hari ini berkata, beliau bersama seorang lagi anak lelakinya sedang menguruskan pengeluaran sijil kematian bagi sembilan mangsa tragedi tersebut, di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Maludam, Betong.
Sementara itu Ketua Kaum Kampung Bandong/Barieng Fatimah Narawi berkata majlis tersebut diadakan untuk keluarga yang terkorban dalam tragedi di Triso itu, dan membolehkan sanak-saudara serta orang ramai bersedekah dan menziarahi waris keluarga itu.
Katanya, majlis itu berlangsung sehingga tengah hari hari ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat dan wakil dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) setempat, yang turut menghulurkan sumbangan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021

Kedua adik-beradik tersebut kelihatan tenang, sehingga mampu memujuk ahli keluarga mereka yang lain. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tragedi Triso: Kenderaan hilang kawalan sebelum jatuh ke sungai - Polis
Dipercayai pemandu gagal mengawal pergerakan kenderaan itu menyebabkan ia terbabas dan menggelongsor jatuh ke dalam Sungai Batang Lupar.