KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,170 syarikat pertahanan dan keselamatan menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 yang akan bermula esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pameran itu juga dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.
Menurut beliau, penyertaan yang menarik perhatian wakil dari lebih 50 buah negara itu sesuatu yang harus menjadi kebanggaan bagi Malaysia.
"Ini sesuatu yang kita sepatutnya bangga. Penyertaan juga amat mengagumkan, mereka dari lebih 50 negara yang mengambil bahagian, 25,000 pengunjung dijangka hadir dengan 350 delegasi dari portfolio pertahanan dan keselamatan juga akan hadir.
"Ini membuktikan bahawa kita telah mengambil langkah ke hadapan," jelasnya dalam sidang media sempena DSA dan Natsec 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, pada Ahad.
DSA dan Natsec 2022 yang bermula esok di di MITEC dengan majlis perasmian pada sebelah petang ini.
Pameran pertahanan selama tiga hari itu kembali dianjurkan selepas empat tahun tidak diadakan dan penyertaan syarikat pertahanan dan keselamatan daripada 54 buah negara antaranya, Amerika Syarikat, Austria, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Sepanyol dan Turki.
Berikutan penganjuran DSA dan Natsec 2022 ketika pandemik COVID-19 masih membelenggu dunia, Hishammuddin menegaskan, pameran itu akan berlangsung mengikut protokol kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penganjuran DSA dan Natsec 2022 juga, jelas Hishammuddin, turut memberi isyarat bahawa Malaysia kini sudah bersedia untuk membuka pintu sempadan negara pada 1 April ini seperti diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Selepas empat tahun, saya berharap dua pameran ini dapat berjalan lancar, ini merupakan isyarat bahawa Malaysia sudah bersedia.
"Saya ingin memberikan jaminan bahawa pameran ini diadakan berlandaskan protokol kesihatan sedia ada.
Saya harapkan agar semua dapat mengikut SOP dan berdisplin, kerana apa yang kita buat hari ini akan menentukan masa depan kita," jelas beliau lagi.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula berpendapat, menerusi dua pameran terbabit dapat memberi peluang kerajaan untuk melihat teknologi terkini yang boleh dilengkapkan dalam agensi kerajaan terutama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Dalam tempoh empat tahun ini, aset kita berada dalam keadaan terbaik, tetapi dengan adanya pameran sebegini, kita boleh melihat sama ada teknologi yang digunakan kita perlu ditambah baik terutama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kita bukan hanya bercakap mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi juga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan banyak lagi agensi berkaitan yang kita perlu lihat teknologi tersedia dalam pasaran," ujarnya.
Terdahulu, Hishammuddin dan Hamzah meluangkan masa melawat persiapan pameran DSA dan Natsec 2022 di MITEC.
Fareez Azman
Sun Mar 27 2022

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melawat persiapan Pameran DSA dan Natsec 2022 di MITEC di ibu negara pada Ahad. - Gambar BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

DSA 2022: KDN tandatangani MoU, kontrak bernilai RM2.59 bilion
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menandatangi satu Memorandum Persefahaman (MoU) dan lapan kontrak bernilai RM2.59 bilion.

DSA 2022: RM2.23 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber - Ketua Setiausaha KDN
Sebanyak RM2.23 bilion kerugian direkodkan dalam tempoh lima tahun akibat jenayah siber di negara ini.

Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa
Turkish Aerospace Industries pilih jadikan Malaysia sebagai hub industri aeroangkasa kerana yakin dengan kejuruteraan tempatan.

Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka elak konflik tuntutan - Penganalisis
Jalinan Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina yang dikembangkan merentasi pertahanan, dijangka dapat mengelakkan sebarang konflik berlaku diantara tiga negara.

DSA 2022: Mesyuarat TCA setuju kembangkan kerjasama rentas bidang pertahanan - Hishammuddin
Mesyuarat TCA di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju untuk mengembangkan kerjasama melangkaui bidang pertahanan.

DSA 2022: LTAT, PT PINDAD jalin kerjasama strategik kukuhkan industri pertahanan Malaysia-Indonesia
LTAT sentiasa mengenal pasti peluang sedia ada, yang boleh meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Ancaman lebih serius boleh diatasi menerusi kerjasama serantau Asia - Hishammuddin
Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 dijangka dapat membuka lebih ruang kerjasama diantara negara serantau dan global.

DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian
Pameran DSA dan Natsec 2022 juga dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.

Omicron: MINDEF serah kepada KKM berhubung penganjuran DSA, NATSEC 2022
Hishamuddin berkata jika terdapat sebarang maklumat terperinci berkenaan varian ini, MINDEF akan menyalurkannya kepada KKM.