KUALA LUMPUR: Perjanjian Kerjasama (MOC) antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat pengeluar senjata serta kenderaan berperisai dari Indonesia, PT PINDAD, dijangka dapat meningkatkan lagi peranan mereka dalam industri pertahanan di negara masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif LTAT Datuk Nazim Rahman berkata, melalui MOC berkenaan, LTAT mempunyai peluang untuk mengenal pasti peluang sedia ada, yang boleh meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Jelasnya lagi, pihaknya melihat pelaburan melibatkan PT PINDAD sebagai satu potensi yang cukup luas, memandangkan syarikat milik kerajaan Indonesia itu aktif dalam menghasilkan senjata tangan, peluru, serta kenderaan berperisai yang moden.
“Ketika ini pelaburan LTAT dalam industri tempatan, melalui anak syarikat pelaburannya, bernilai RM244.2 juta, dengan nilai buku pesanan sebanyak RM11.8 bilion. Maka LTAT akan terus meneroka peluang, meningkatkan nilai pelaburan yang selari dengan kerangka kerja pembahagian aset strategi kami,” katanya lagi.
Terdahulu, Nazim dan rakan sejawatnya dari PTPINDAD, Abraham Moses telah menandatangani MOC, sewaktu Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022, yang berlangsung di ibu negara.
Majlis berkenaan disaksikan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto.
Mengulas lanjut mengenai MOC tersebut, Nazim berkata, ia bermula dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin ke syarikat PT PINDAD di Bandung pada November lepas.
Melalui maklum balas yang diterima, Nazim berkata, Kerajaan melihat syarikat itu mempunyai potensi yang cukup luas dalam industri pertahanan Indonesia, serta boleh memberi nilai tambah kepada industri pertahanan tempatan.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, LTAT juga sentiasa mencari peluang-peluang yang ada untuk memastikan pelaburan mereka terus strategik dan berdaya saing.
Sementara itu, Abraham berkata, MOC berkenaan akan menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik dua negara, melalui dua entiti berkenaan, iaitu LTAT dan PT-PINDAD.
Jelasnya lagi, MOC berkenaan bukan sekadar satu majlis tandatangan dokumen, tetapi kedua-dua parti mempunyai komitmen yang kukuh dalam memastikan ia menjadi satu kenyataan.
Firdaus Azil
Mon Mar 28 2022

LTAT sentiasa mengenal pasti peluang sedia ada, yang boleh meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka. - Foto BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

DSA 2022: KDN tandatangani MoU, kontrak bernilai RM2.59 bilion
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menandatangi satu Memorandum Persefahaman (MoU) dan lapan kontrak bernilai RM2.59 bilion.

DSA 2022: RM2.23 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber - Ketua Setiausaha KDN
Sebanyak RM2.23 bilion kerugian direkodkan dalam tempoh lima tahun akibat jenayah siber di negara ini.

Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa
Turkish Aerospace Industries pilih jadikan Malaysia sebagai hub industri aeroangkasa kerana yakin dengan kejuruteraan tempatan.

Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka elak konflik tuntutan - Penganalisis
Jalinan Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina yang dikembangkan merentasi pertahanan, dijangka dapat mengelakkan sebarang konflik berlaku diantara tiga negara.

DSA 2022: Mesyuarat TCA setuju kembangkan kerjasama rentas bidang pertahanan - Hishammuddin
Mesyuarat TCA di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju untuk mengembangkan kerjasama melangkaui bidang pertahanan.

DSA 2022: LTAT, PT PINDAD jalin kerjasama strategik kukuhkan industri pertahanan Malaysia-Indonesia
LTAT sentiasa mengenal pasti peluang sedia ada, yang boleh meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Ancaman lebih serius boleh diatasi menerusi kerjasama serantau Asia - Hishammuddin
Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 dijangka dapat membuka lebih ruang kerjasama diantara negara serantau dan global.

DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian
Pameran DSA dan Natsec 2022 juga dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.

Omicron: MINDEF serah kepada KKM berhubung penganjuran DSA, NATSEC 2022
Hishamuddin berkata jika terdapat sebarang maklumat terperinci berkenaan varian ini, MINDEF akan menyalurkannya kepada KKM.