KUALA LUMPUR: Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 dijangka dapat membuka lebih ruang kerjasama di antara negara serantau dan global.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ia bagi memastikan setiap ancaman dihadapi negara Asia yang lebih serius ketika ini boleh ditangani.
"Ketika ini, rantau Asia sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman yang serius berbanding sejarah sebelum ini.
"Untuk melindungi negara daripada ancaman ini, menjadi keutamaan kerajaan pusat, di mana ia memerlukan persediaan dan kompetensi dari pelbagai bidang.
"Setiap ancaman itu perlu dihadapi dengan kerjasama dari negara serantau sebagai satu pasukan," jelasnya.
Lebih lagi tambah Hishamudin apabila ancaman itu merentasi sempadan negara serta isu transnasional.
Justeru, dengan kerjasama terjalin di antara negara-negara termasuk teknologi pertahanan serta keselamatan Hishammuddin berkata, ia boleh menghasilkan impak yang lebih besar.
"Aspirasi dan impian yang tinggi ini boleh dicapai sekiranya kita yakin. Bagaimanapun, hasil berimpak tinggi hanya boleh dicapai dengan kerjasama negara lain, terutamanya negara serantau dalam berdepan isu transnasional dan isu merentasi sempadan.
"Justeru, kerjasama yang kukuh di rantau Asia serta peringkat global adalah amat penting dalam mencapai matlamat ini," katanya ketika merasmikan Pameran DSA dan NASTEC 2022 di ibu negara pada malam Ahad.
Turut hadir menyaksikan perasmian itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Hamzah berkata, menerusi pameran itu juga boleh membantu negara mendepani ancaman jenayah siber yang semakin licik.
"Mengikut statistik PDRM, pada tahun 2019 sebanyak 13,000 jenayah siber dilaporkan dengan kerugian mencecah RM539 juta dan jumlah ini terus meningkat kepada 17,000 kes pada tahun 2020.
"Tahun lalu, kes jenayah siber meningkat kepada lebih 20,000 kes dengan jumlah kerugian mencecah RM560 juta. Sehingga Februari tahun ini, sebanyak 3,273 kes telah dilaporkan dengan RM114 juta kerugian dicatatkan," katanya.
Jelasnya, antara jenayah siber yang sering dilaporkan di negara ini melibatkan penipuan, peras ugut dan pelaburan.
Malah perniagaan tempatan serta organisasi awam juga turut tidak terlepas daripada jenayah siber ini.
Justeru tambah Hamzah, menerusi pameran DSA dan Nastec 2022 boleh memainkan peranan dalam menyediakan penyelesaian jenayah siber menerusi teknologi terkini.
"Ini adalah contoh di mana DSA dan NATSEC boleh menjadi peranan sebagai instrumen penting.
"Malah menerusi pameran teknologi dan servis terkini, DSA boleh menjadi platform untuk menggalakkan lebih banyak perkongsian asing diwujudkan dalam mencapai objektif mengukuhkan pertahanan dan keselamatan serantau," katanya lagi.
Bertemakan 'Memajukan Era Baharu Pertahanan dan Keselamatan', Pameran DSA dan Nastec 2022 bakal berlangsung selama tiga hari bermula Isnin di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Pameran itu juga bakal melibatkan lebih 1,000 syarikat pertahanan dan keselamatan dari lebih 54 buah negara.
Antaranya, Amerika Syarikat, Austria, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Sepanyol dan Turki.
Fareez Azman
Sun Mar 27 2022

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ia bagi memastikan setiap ancaman dihadapi negara Asia yang lebih serius ketika ini boleh ditangani. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

DSA 2022: KDN tandatangani MoU, kontrak bernilai RM2.59 bilion
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menandatangi satu Memorandum Persefahaman (MoU) dan lapan kontrak bernilai RM2.59 bilion.

DSA 2022: RM2.23 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber - Ketua Setiausaha KDN
Sebanyak RM2.23 bilion kerugian direkodkan dalam tempoh lima tahun akibat jenayah siber di negara ini.

Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa
Turkish Aerospace Industries pilih jadikan Malaysia sebagai hub industri aeroangkasa kerana yakin dengan kejuruteraan tempatan.

Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka elak konflik tuntutan - Penganalisis
Jalinan Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina yang dikembangkan merentasi pertahanan, dijangka dapat mengelakkan sebarang konflik berlaku diantara tiga negara.

DSA 2022: Mesyuarat TCA setuju kembangkan kerjasama rentas bidang pertahanan - Hishammuddin
Mesyuarat TCA di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju untuk mengembangkan kerjasama melangkaui bidang pertahanan.

DSA 2022: LTAT, PT PINDAD jalin kerjasama strategik kukuhkan industri pertahanan Malaysia-Indonesia
LTAT sentiasa mengenal pasti peluang sedia ada, yang boleh meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Ancaman lebih serius boleh diatasi menerusi kerjasama serantau Asia - Hishammuddin
Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 dijangka dapat membuka lebih ruang kerjasama diantara negara serantau dan global.

DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian
Pameran DSA dan Natsec 2022 juga dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.

Omicron: MINDEF serah kepada KKM berhubung penganjuran DSA, NATSEC 2022
Hishamuddin berkata jika terdapat sebarang maklumat terperinci berkenaan varian ini, MINDEF akan menyalurkannya kepada KKM.