Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan lawatan rasmi sulungnya sebagai Timbalan Perdana Menteri ke United Kingdom berjaya mencapai matlamatnya, sekali gus menutup siri lawatannya dalam hubungan antarabangsa kerajaan baharu Malaysia bagi 2018.
Mencatat sejarah politik negara, Dr Wan Azizah, 65, merupakan wanita pertama Malaysia menyandang jawatan nombor dua kepimpinan negara, sejak menyertai Kabinet Malaysia pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mei lepas.
Antara siri lawatan ke luar negara sama ada lawatan kerja atau rasmi yang dilakukan Dr Wan Azizah sebelum ini adalah ke Mongolia, Indonesia, Kemboja, Belgium, Qatar dan yang mutakhir ke United Kingdom.
Lawatan rasmi tiga hari yang terpaksa disingkatkan kerana perlu menghadiri mesyuarat penting bersama barisan kepimpinan utama PH di Kuala Lumpur pada Sabtu menyaksikan jadual liputannya sangat padat.
Kemuncak lawatan rasmi Dr Wan Azizah adalah ucaptama pada Forum Kepimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018, menyerlahkan kepimpinannya sebagai timbalan perdana menteri wanita pertama Malaysia dan peranan Malaysia dalam memperkasakan wanita serta gadis dalam semua sektor ekonomi, sosial, pentadbiran dan politik.
"Saya ingin mengklasifikasikan penglibatan saya dalam WMLF pada kali ini mencapai objektif untuk mengetengahkan peranan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam mencapai Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) 2030," kata Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sebagai pemimpin negara, Dr Wan Azizah, dilihat mengambil peluang sebaik mungkin untuk menaikkan martabat golongan wanita di mata dunia terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan wanita, kanak-kanak serta kesejahteraan masyarakat dalam pembangunan dan kemajuan negara.
Sayang sekali lawatannya terpaksa dipendekkan. Jika tidak, pertemuan lain yang dijadualkan untuk ibu reformasi ini pastinya membuka jalan untuk menyerlahkan lagi ikatan hubungan dua hala dengan UK termasuk menarik pelabur asing dan syarikat besar ke Malaysia, sekali gus mencerminkan keazaman untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang baharu antara kedua-dua negara.
Dalam lawatan itu, Dr Wan Azizah diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut terlibat menerajui sesi di WMLF mengenai industri halal dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia.
Turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri ialah Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya, terutama semasa dua pertemuan penting bersama Menteri Luar Britain, Jeremy Hunt dan sesi perbincangan bersama dengan pengurusan atasan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS).
Semasa di OCIS, Dr Wan Azizah mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan dengan para cendekiawan dalam isu-isu berkaitan Islam kontemporari serta isu seperti keganasan, Islamofobia dan kekejaman yang melibatkan umat Islam.
"Saya mengambil kesempatan membincangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan secara bersama untuk memperkayakan pengetahuan kita daripada sumber-sumber yang boleh diperoleh daripada hasil penemuan dan penyelidikan OCIS," katanya merumuskan hasil lawatannya ke OCIS.
Meskipun sibuk dengan pelbagai usaha meningkatkan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur-London dalam bidang berkepentingan negara, pertemuan dengan masyarakat Malaysia, khususnya golongan profesional yang menetap di UK tetap menjadi antara keutamaan.
Pada masa ini terdapat seramai 79,000 rakyat Malaysia termasuk 16,000 penuntut Malaysia di 130 institusi pengajian tinggi di negara ini.
Menggunakan peluang beramah mesra dengan kira-kira 200 rakyat Malaysia, Dr Wan Azizah memaklumkan perkembangan mutakhir di tanah air, cabaran yang dihadapi kerajaan Malaysia yang diterajui PH, kedudukan ekonomi serta masa depan dan hala tuju negara dalam konsep Malaysia Baharu.
Mengajak rakyat Malaysia di UK untuk turut menyumbang merealisasikan hasrat erti demokrasi dan menterjemah reformasi untuk pemulihan Malaysia, Dr Wan Azizah berkata rakyat Malaysia di luar negara bukan sahaja mempunyai peranan untuk mewujudkan imej baik malahan mempunyai peranan penting dalam membina semula Malaysia.
"Ia menjadi urusan anda untuk laksanakan pemulihan terhadap peraturan undang-undang, kerajaan yang baik, integriti dan kecekapan bahagian pentadbiran. Ia tanggungjawab anda untuk membantu bagi perlindungan hak asasi manusia.
"Ini adalah tempat anda untuk suarakan pendapat dan menuntut kepada kualiti kehidupan yang lebih baik, alam sekitar, bandar raya dan peluang bagi semua rakyat Malaysia. Jadikanlah diri anda 'hero'(wira) bagi sejarah Malaysia untuk tahun-tahun mendatang," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 07 2018
![Dr Wan Azizah serlah ketokohan dalam lawatan singkat ke UK Dr Wan Azizah serlah ketokohan dalam lawatan singkat ke UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544200619_WanAzizah.jpg)
WAN AZIZAH: Saya ingin mengklasifikasikan penglibatan saya dalam WMLF pada kali ini mencapai objektif untuk mengetengahkan peranan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam mencapai Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) 2030. - BERNAMA
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705740593_WanAzizahIsteriP.jpg)
Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
![Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-09/51475165989_KanakKanakGajet.jpg)
Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
!['Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman 'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698677710_SyarulEmaRena.jpg)
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
![Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694524965_WanAzizahWanIsmai.jpg)
Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.
![5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung 5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684754606_WanAzizah.jpg)
5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.
![Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story' Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683461304_TheUntoldStoryAn.jpg)
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
![Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681895182_AnthonyLoke.jpg)
Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
![PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679479379_PMAnwar.jpg)
PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.
![Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun - Nurul Ilham Anwar Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun - Nurul Ilham Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677298726_NurulIlhamAnwarN.jpg)
"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
![Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675050702_Anwar.jpg)
Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.