Selepas kira-kira 20 tahun "tiada pertandingan' bagi jawatan presiden MIC, penyandang Datuk Seri G. Palanivel dijangka menghadapi cabaran sukar untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang dijadual dalam tempoh lapan atau sembilan bulan lagi.
Kali terakhir parti berusia 67 tahun tersebut mengadakan pemilihan jawatan presiden ialah pada 1993, apabila Presiden MIC ketika itu Datuk Seri S. Samy Vellu dicabar S. Subramaniam yang lebih dikenali sebagai 'Jumbo Maniam'. Samy Vellu bagaimanapun menang.
Seorang veteran MIC yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam dilihat merancang untuk menandingi jawatan itu.
Dikenali sebagai Dr Subra dalam kalangan anggota MIC, beliau mempunyai masa yang suntuk bagi meraih sokongan pengerusi cawangan kerana pada masa yang sama perlu melaksanakan tugas baharunya sebagai Menteri Kesihatan.
Beliau baru-baru ini membayangkan hasratnya untuk menandingi jawatan itu kepada Samy Vellu bagi mendapat restu bekas pemimpin MIC berkenaan. "Beliau (Samy Vellu) telah beri lampu hijau," kata sumber itu kepada Bernama sambil menyatakan hasrat Dr Subramaniam selari dengan perlembagaan parti yang demokratik.
Sebagai pemimpin paling lama dalam MIC sehinggalah beliau melepaskan jawatan itu pada 2010, Samy Vellu dikatakan masih "mengawal" lebih 45 peratus daripada 3,700 pengerusi cawangan yang bertanggungjawab memilih memilih presiden baharu.
Dr Subramaniam, 60, merupakan pakar dermatologi dan menjadi Anggota Parlimen Segamat sejak 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2004 hingga 2008 sebelum dilantik Menteri Sumber Manusia selepas pilihan raya umum ke-12.
Palanivel, 64 merupakan bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan pernah menjadi pembantu Samy Vellu pada satu ketika. Kali terakhir pemilihan presiden diadakan ialah pada Mac 2009 untuk penggal selama tiga tahun dan Samy Vellu menang tanpa ditandingi.
Samy Vellu menyerahkan jawatan berkenaan kepada Palanivel yang merupakan Timbalannya pada masa itu. Pemilihan MIC pada semua peringkat akan diadakan pada suku pertama tahun depan, demikian putus jawatankuasa kerja pusat (CWC) baru-baru ini.
Pemilihan presiden akan diadakan tiga bulan sebelum pemilihan untuk jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota CWC.
Memandangkan Dr Subramaniam sudah menyatakan hasrat untuk menandingi jawatan presiden, soalan seterusnya ialah siapa yang mahu mengisi kerusi timbalan presiden.
Sumber dalaman memberitahu Bernama, Naib Presiden Datuk M. Saravanan dilihat berminat untuk menandingi jawatan nombor dua parti itu dan dipercayai mengadakan perbincangan dengan Palanivel serta Dr Subramaniam bagi menentukan dengan siapa beliau patut bekerjasama.
Saravanan yang dikenali sebagai pemimpin muda dan berkebolehan, mahu memanfaatkan gelombang kebangkitan generasi teknologi baharu dalam kepimpinan MIC.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dipercayai tidak akan menghadapi masalah mendapat restu Samy Vellu memandangkan beliau penyokong setia bekas pemimpin berusia 77 tahun terbabit yang jelas masih berpengaruh dalam parti.
Bernama
Mon May 27 2013
![Dr Subra bakal cabar Palanivel untuk jawatan tertinggi MIC Dr Subra bakal cabar Palanivel untuk jawatan tertinggi MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61369659234_295x200.jpg)
![Lelaki maut motosikal rempuh kereta Lelaki maut motosikal rempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387781_LelakiMaut.jpg)
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Biarlah alasan tarik diri jadi rahsia Kayveas sendiri Biarlah alasan tarik diri jadi rahsia Kayveas sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547259690_KayveasPRK.jpg)
Biarlah alasan tarik diri jadi rahsia Kayveas sendiri
Impian Tan Sri M Kayveas untuk 'duduk' di kerusi Cameron Highlands sudah sedia diketahui semua sejak dahulu lagi.
![Pemuda MIC puji kempen balik mengundi oleh orang awam Pemuda MIC puji kempen balik mengundi oleh orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523521158_sivarraajhMIC.jpg)
Pemuda MIC puji kempen balik mengundi oleh orang awam
Menurut Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran ini menunjukkan kesedaran demokrasi sudah wujud di Malaysia terutama sekali orang muda.
![MIC yakin kerusi Cameron Highlands miliknya MIC yakin kerusi Cameron Highlands miliknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520342081_Subramaniam.jpg)
MIC yakin kerusi Cameron Highlands miliknya
MIC yakin parti itu kekal bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
![MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81504346901_MKayveas.jpg)
MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands
Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada P
![Ahmad Zahid: Hormati keputusan pembahagian kerusi dan calon PRU14 Ahmad Zahid: Hormati keputusan pembahagian kerusi dan calon PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508917314_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid: Hormati keputusan pembahagian kerusi dan calon PRU14
Ahmad Zahid berkata, Datuk Seri Najib Razak dan beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti komponen dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib, selaku Pengerusi BN.
![Kerusi PRU14: MyPPP sedia bincang dengan MIC Kerusi PRU14: MyPPP sedia bincang dengan MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81504346901_MKayveas.jpg)
Kerusi PRU14: MyPPP sedia bincang dengan MIC
MyPPP bersedia mengadakan perbincangan dengan MIC berhubung pertukaran kerusi pada Pilihan Raya Umum K-14 (PRU14) akan datang
![MyPPP sedia tukar dua kerusi atas semangat kerjasama BN - Kayveas MyPPP sedia tukar dua kerusi atas semangat kerjasama BN - Kayveas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51447146532_MKayveas.jpg)
MyPPP sedia tukar dua kerusi atas semangat kerjasama BN - Kayveas
MyPPP bersedia menukar dua kerusi tradisinya dengan parti komponen BN yang lain pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas semangat kerjasama dan perpaduan, kata Presidennya Tan Sri M. Kayveas.
![Subramaniam tidak pernah bertemu Palanivel bincang krisis MIC Subramaniam tidak pernah bertemu Palanivel bincang krisis MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41355632000_295x200.jpg)
Subramaniam tidak pernah bertemu Palanivel bincang krisis MIC
Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan beliau tidak pernah bertemu Datuk Seri G. Palanivel untuk membincangkan krisis MIC secara terperinci.
![Palanivel namakan penyandang jawatan MIC Selangor Palanivel namakan penyandang jawatan MIC Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71365117579_295x200.jpg)
Palanivel namakan penyandang jawatan MIC Selangor
Anggota jawatankuasa pusat K Partiban dilantik semula sebagai setiausaha, Datuk S M Muthu sebagai penolong setiausaha, N Rawisandaran sebagai bendahari dan Awtar Singh sebagai ketua penerangan.
![G. Palanivel ke Indonesia bincang isu jerebu G. Palanivel ke Indonesia bincang isu jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81372163142_295x200.jpg)
G. Palanivel ke Indonesia bincang isu jerebu
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel akan ke Indonesia bagi menemui rakan sejawatnya esok.