PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya mempersoalkan kesetiaan orang India dan Cina di Malaysia terhadap negara ini hanya kerana mereka bercakap dalam bahasa ibunda dan menganuti budaya dan adat mereka sendiri, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu berkata ini kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan kaum dengan warganya terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya.
"Amat malang bahawa walaupun telah menerajui negara ini selama bertahun-tahun, Dr Mahathir masih merasa wajar untuk membuat kenyataan yang bersifat memecahbelahkan terutamanya dalam hal kaum.
"Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf perkara ini dengan jelas bahawa kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata oleh perlembagaan itu sendiri, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara hanya atas alasan agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang," katanya.
Gobind berkata ia juga diterima umum bahawa ramai rakyat negara ini bercakap lebih daripada satu bahasa, kebanyakan mereka fasih dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda mereka sendiri yang termasuk antara lain, Cina, Tamil, Iban atau Kadazan.
"Ini tidak pernah menjadi masalah kepada kami. Sebaliknya, kepelbagaian itulah yang telah menguatkan kita dan meletakkan kita dalam kedudukan untuk mendapat manfaat daripada dunia hari ini yang sebahagian besarnya bersifat global," katanya.
Justeru, katanya Dr Mahathir mesti mengakui bahawa semua rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Sabah atau Sarawak telah bekerja dan masih bertungkus lumus membina negara ini.
"Tidak salah jika kita datang daripada latar belakang kaum, agama dan budaya yang berbeza atau bercakap dalam bahasa yang berbeza. Kita sememangnya rakyat Malaysia dan setia kepada negara kita," katanya.
Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih 'terikat' dengan negara asal mereka dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit di India.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Kata Gobind, Dr Mahathir mesti mengakui bahawa semua rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Sabah atau Sarawak telah bekerja dan masih bertungkus lumus membina negara ini. - Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dr Mahathir tidak harus persoal kesetiaan orang India, Cina di Malaysia - Gobind
Dr Mahathir tidak seharusnya mempersoalkan kesetiaan orang India dan Cina di Malaysia terhadap negara ini hanya kerana mereka bercakap dalam bahasa ibunda dan menganuti budaya dan adat mereka sendiri.