Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah dengan tindak balas yang diterimanya selepas mengkritik kaum Yahudi.
"Saya bercakap perkara benar, saya tak kisah apa yang orang nak gelarkan saya, termasuklah anti-Yahudi atau apa saja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya kenapa orang tidak boleh mengkritik atau memberi label kepada kaum Yahudi, tetapi mereka bebas untuk mengkritik orang lain.
"Inilah perkara yang saya tidak faham. Adakah orang Yahudi begitu istimewa hinggakan anda tidak boleh berkata apa pun tentang mereka, walaupun mereka melakukan sesuatu yang sama sekali salah seperti melancarkan roket dan bom terhadap kanak-kanak dan hospital?" katanya.
Dr Mahathir digelar media sebagai anti-Yahudi apabila beliau mengulangi dakwaannya sejak 1970-an dulu bahawa orang Yahudi "mempunyai hidung cangkuk" dan menyalahkan mereka kerana menimbulkan masalah di timur tengah.
Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan BBC semasa melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini apabila menjawab soalan hos program itu, Zeinab Badawi, kenapa beliau menggunakan perkataan tersebut. -- Bernama
Bernama
Fri Oct 05 2018
DR MAHATHIR: Adakah orang Yahudi begitu istimewa hinggakan anda tidak boleh berkata apa pun tentang mereka? - BERNAMA/Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Mahathir tak kisah dilabel 'anti-Yahudi'
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah dengan tindak balas yang diterimanya selepas mengkritik kaum Yahudi.