Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi pendekatan beliau dalam mengurus sebuah negara berbilang kaum yang mengejutkan banyak pihak.
"Saya sentiasa menegaskan bahawa cara terbaik untuk memuaskan hati sebuah negara berbilang kaum adalah dengan memastikan tiada sesiapa pun berasa gembira.
"Apabila anda cuba mengembirakan sesebuah kumpulan ia cenderung untuk menjadikan pihak lain tidak gembira.
"Maka strategi terbaik adalah dengan memastikan yang tidak ada sesiapa pun berasa gembira, maknanya anda ambil sesuatu daripada setiap orang dan memberi semula sesuatu juga kepada setiap orang," katanya.
Dr Mahathir menjawab soalan ketika sesi soal-jawab di Persidangan Praxis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) 2019 di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu memastikan yang rakyat berpuas hati dengan dasar (menguruskan masyarakat berbilang kaum) kerana Malaysia amat bergantung kepada kestabilan dan keamanan untuk terus maju.
Persidangan dua hari yang bermula hari ini bertujuan menyemak semula kemajuan yang dialami Malaysia dalam tempoh hampir 30 tahun selepas Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada 1991 oleh Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu, bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Pada ketika itu, beliau bersama Barisan Nasional (BN). Dr Mahathir mengetuai gabungan pembangkang Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum, Mei 2018. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
Dr Mahathir mendedahkan, cara terbaik untuk memuaskan hati sebuah negara berbilang kaum adalah dengan memastikan tiada sesiapa pun berasa gembira. - Gambar Astro AWANI
Perpaduan akan bantu ASEAN jadi lebih kompetitif di persada global - Tengku Zafrul
Strategi pertama adalah ASEAN meneroka sepenuhnya potensi perdagangan dengan ekonomi strategik dan sedang pesat membangun.
Tumpuan Selasa – 08 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (7 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia bawa pulang rakyatnya dari Lubnan
Seramai 20 mangsa yang dipindahkan tiba di Jakarta melalui penerbangan komersial dari Doha ke Indonesia.
359 orang maut di Nigeria dalam tempoh 9 bulan pertama 2024
Bilangan kes disyaki taun di Nigeria juga meningkat kepada 10,837 berbanding 3,387 pada tahun 2023.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura jalani hukuman penjara
Iswaran mengaku bersalah atas empat pertuduhan memperoleh barangan berharga sebagai penjawat awam dan satu pertuduhan menghalang keadilan.
UMNO komited kukuhkan parti, jaga kerjasama komponen Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk memperkukuhkan parti dan terus menjaga kerjasama baik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tiga bayi antara diselamatkan di perairan Sepanyol
Tiga bayi antara 30 individu yang diselamatkan terapung di perairan Sepanyol pada pagi Isnin. Mereka ditemui terapung di tengah lautan menggunakan dua bot berasingan dalam cubaan untuk sampai ke pelabuhan Gran Canaria yang terletak di Pulau Canary, Sepanyol.
Datuk Bandar Mexico dibunuh beberapa hari selepas memegang jawatan
Datuk Bandar di selatan Mexico maut akibat dibunuh dalam siri serangan terkini ke atas ahli politik di negara Amerika Latin yang dilanda aktiviti keganasan itu.
Tengku Natasya pilihan hati Tengku Muhammad Iskandar
Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini.
Perkhabaran manis mengenai istiadat perkahwinan diraja anakanda ketiga Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diutuskan menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang pada Isnin.
Perkhabaran manis mengenai istiadat perkahwinan diraja anakanda ketiga Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diutuskan menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang pada Isnin.
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.
Ilmu kunci kejayaan anak muda dan kemajuan negara - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anak muda di negara ini harus mengutamakan ilmu pendidikan sebagai asas penting dalam membina dan memajukan negara di masa depan.
"Kasihan Dr Mahathir" – Fahmi jawab dakwaan negara dijajah kerajaan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai kebebasan penuh untuk menyuarakan pendapat dan bergerak.
SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.
Pembangkang persoal isu 3R, isytihar harta dalam MoU peruntukan pembangkang
Takiyuddin berkata, masih terdapat beberapa syarat dalam MoU itu yang perlu diperhalusi sebaik mungkin.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Dr Mahathir sokong kerajaan bawa rakyat Palestin dirawat di Malaysia
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.
Krisis Gaza: 'Go to hell - America the great hypocrite', kata Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Amerika Syarikat (AS) sebagai hipokrit dalam menangani situasi yang sedang berlaku di Gaza.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: "Hipokrasi Barat jijik, memualkan" - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan perasaan sedih dan marah ke atas pembunuhan pemimpin tertinggi, Ismail Haniyeh pada Rabu.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.